Ahli politik dipercayai dalang utama culik, bunOh Datuk Seri

KUALA LUMPUR: Seorang ahli politik bergelar Datuk yang pernah menjadi calon Dewan Undangan Undangan (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),

Dipercayai menjadi dalang utama kes culik seorang ahli perniagaan yang mayatnya ditemui di kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya dekat sini, semalam.

Sumber memaklumkan, suspek bersekongkol dengan seorang peguam (peguamcara dan peguambela) untuk melakukan penculikan itu bersama dua lagi suspek ketika mangsa sedang berjoging bersendirian pada 10 Jun lalu.

“Ketiga-tiga suspek menghampiri mangsa dan mendakwa mereka adalah anggota polis sebelum memaksa mangsa masuk ke dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) kira-kira jam 10.30 pagi pada hari kejadian.

“Selepas diculik, mangsa dibawa bertemu dengan dalang utama sebelum disembunyikan di beberapa lokasi termasuk sebuah rumah teres di Taman Kosaso, Rawang,” kata sumber.

Menurut sumber, beberapa saksi melihat kejadian itu dan barangan peribadi milik mangsa seperti telefon bimbit, cemin mata dan topi turut ditemui ditinggalkan di taman permainan terbabit.

“Keluarga mangsa kemudian dihubungi oleh satu nombor telefon tidak dikenali meminta mereka membayar wang tebusan berjumlah S$50 juta (RM154 juta) sebelum membuat laporan polis.

“Suspek dipercayai melakukan penculikan itu kerana mahu mangsa memulangkan semula wang yang dilaburkan untuk satu projek perumahan yang dikatakan tidak dilaksanakan,” kata sumber itu lagi.

Hasil siasatan polis, dalang utama berusia 50-an itu berjaya ditahan di kediamannya di ibu negara malam kelmarin bagi membantu siasatan.

Semalam, BH melaporkan polis menahan tujuh lelaki, termasuk dalang utama berhubung kes culik dan bunuh ahli perniagaan yang juga seorang pemaju hartanah bergelar Datuk Seri itu.

Kesemua suspek, termasuk seorang warga Bangladesh berusia antara 30-an hingga 50-an itu ditahan menerusi beberapa siri serbuan di sekitar Selangor sejak jam 11 pagi kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata hasil siasat ke atas salah seorang suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya pada jam 9 pagi semalam..

Katanya, mangsa dipercayai meninggal dunia selepas tiga atau empat hari diculik sebelum mayatnya dibuang.

Mayat sudah mereput ketika ditemui dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk proses bedah siasat.

Sumber:BHOnline 

Be the first to comment on "Ahli politik dipercayai dalang utama culik, bunOh Datuk Seri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*