Titik Terdalam Laut Ibarat Setinggi Gunung Everest, Itupun Akan Ada Jarak 2km Lagi Ke Bawah Lautan!

Dunia yang dikurniakan oleh Tuhan ini sangat luas. Berjuta rahsia yang masih belum terungkai. Antara misteri alam semula jadi yang masih menjadi tanda tanya walaupun kepada sang pakar pengkaji adalah laut lepas. Manusia hanya telah dapat mengkaji dan menyelidik kurang daripada 20% daripada keseluruhan lautan lepas.

Mari kita berkongsi 8 fakta tentang alam yang misteri ini.

1. Lautan meliputi 70% daripada keseluruhan permukaan bumi ini. Jika kita kira-kira, ilmu manusia dari zaman dahulu hingga sekarang cuma dapat mengkaji kurang daripada 45% daripada keseluruhan bumi ini. Kurang daripada setengah!

2. Lautan yang paling besar adalah Lautan Pasifik yang merangkumi 30% daripada permukaan planet ini.

3. Nama “Lautan Pasifik” berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud “lautan yang tenang”.

4. Titik terdalam yang telah diterokai dinamakan sebagai Marina Trench atau Jurang Marina yang mempunyai kedalaman sedalam 11km. Nak tahu berapa dalamkah itu? Kalau kita terbalikkan gunung tertinggi di dunia, Gunung Everest, ke dalam lautan, akan ada jarak lebih dari 2 km ke bawah lagi sebelum mencecah ke dasar Jurang Marina ini. SubhanaAllah!

titik terdalam laut ibarat setinggi gunung everest, itupun akan ada jarak 2km lagi ke bawah lautan!

5. Lautan kita adalah habitat kepada pelbagai jenis hidupan laut. Sesetengah pengkaji menjangkakan terdapat lebih daripada 1000 spesis hidupan laut yang kita masih belum temui.

gunung everest di dasar laut?! 10 fakta tentang lautan yang penuh misteri

6. Banjaran gunung terpanjang di Malaysia adalah Banjaran Titriwangsa. Tetapi, tahukah anda, banjaran gunung terpanjang di dunia terletak di dasar laut! Ia dinamakan sebagai The Mid-Oceanic Ridge”. Ia bermula di selatan Iceland dan merentasi Lautan Atlantik Selatan. Panjang banjaran ini adalah 56,000 km!

7. 70% daripada oxygen yang kita gunakan berasal daripada lautan, hasil daripada fotosintesis daripada alga dan phtoplankton yang menyelubungi permukaan lautan kita.

8. Tahukah anda, hidupan terbesar dunia ada di dasar laut? Ia dikenali sebagai The Great Barrier Reef, iaitu tebing karang yang begitu besar, ia dapat dilihat dari angkasa!

Terlalu indah dunia ciptaan Tuhan ini. Masih banyak yang belum diketahui.

gunung everest di dasar laut?! 10 fakta tentang lautan yang penuh misteri

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?”

Sumber: National Geographic

Be the first to comment on "Titik Terdalam Laut Ibarat Setinggi Gunung Everest, Itupun Akan Ada Jarak 2km Lagi Ke Bawah Lautan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*