Sidang media Redzuan, Shahruddin jam 5 petang

Ketika spekulasi bertiup kencang bahawa ada anggota jemaah menteri akan mengundurkan dirinya,Menteri di Jabatan Perdana Menteri Redzuan Othman dijadual mengadakan sidang media.

Pada jam 5 petang di ibu pejabat Bersatu.Beliau akan disertai oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Shahruddin Md Salleh.Sekiranya kedua-dua mereka menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional, ini akan menyaksikan parlimen yang tergantung. 

PN akan hanya mempunyai 111 anggota parlimen, dengan Dr Mahathir Mohamad, Pakatan Harapan dan Warisan juga memiliki 111.

Sumber:malaysiakini 

Be the first to comment on "Sidang media Redzuan, Shahruddin jam 5 petang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*