Rentas negeri bagi urusan kerja dibenarkan semula mulai 1 Jun – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan larangan perjalanan rentas negeri akan ditarik semula secara bersyarat.

Beliau berkata rentas negeri bagi urusan kerja, perubatan dan kecemasan dibenarkan semula mulai 1 Jun.

Jelasnya, sebelum ini beliau mengumumkan larangan rentas negeri tetapi jawatankuasa khas kementerian hari ini memutuskan untuk memberikan sedikit kelonggaran.

Pasangan suami isteri terpisah kerana PKP juga kini dibenarkan semula rentas negeri mulai 1 Jun, maklum Ismail Sabri yang juga menteri pertahanan.

Sumber:malaysiakini 

Be the first to comment on "Rentas negeri bagi urusan kerja dibenarkan semula mulai 1 Jun – Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*