Nak tapak kaki awak kat muka jgk plsss Syatilla Melvin

Walaupun keluarga beliau bukanlah berasal dari keluarga seni namun pembabitan kakaknya iaitu pelakon terkenal Zizie Ezette sebagai pelakon telah membuka ruang buat mereka sekeluarga untuk menceburi dunia seni ini.

Nama Shaheizy Sam sudah mula dikenali sebagai pelakon sejak kecil lagi apabila membintangi drama televisyen Pa’e. Sehingga beliau kini sudah berlakon pelbagai jenis filem dan drama telah dibintangi oleh beliau dan menjadikannya seorang pelakon yang sangat versatile dan popular juga.

Dengan Lebih mesra dipanggi Sam, beliau terdahulu telah mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga pada sekitar tahun 2016 bersama bekas peserta dewi remaja yang kini bergelar pelakon iaitu Syatilla Melvin.

Dari Hasil perkahwinan tersebut mereka berdua telah dikurniakan 2 orang anak iaitu Sheriv Samheizy dan juga Sarima Samheizy.

Pasngan Syatilla dan Sam boleh diibaratkan sebagai psangan yang cukup serasi oleh kerana mereka berdua sememangnya mempunyai perangai yang lebih kurang sama iaitu suka bergurau dan berseloroh diantara satu sama lain. Bak kata orang, “kepala masuk air”.

Telah Menjadi amalan buat umat islam setiap kali menyambut perayaan aidilfitri untuk meminta ampun dan maaf di atas setiap kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan.

Kita juga disarankan supaya sentiasa menyucikan hati sebagai simbolik kepada kemenangan setelah hampir sebulan menunaikan ibadah berpuasa sepanjang bulan Ramadhan.

Buat pelakon ini iaitu Shaheizy Sam sendiri, hubungan beliau bersama ibunya iaitu Khaty Fauziah adalah sangat rapat memandangkan beliau ialah anak bongsu daripada 5 beradik.

Dengan Mengambil kesempatan sempena hari raya beliau juga tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan bermaaf-maafan dengan ibunda kesayangan.

Ada Memuatnaik beberapa keping gambar di media sosial diInstagram sempena hari raya, sesi bermaafan Sam bersama ibunya Khaty Fauziah mencuri tumpuan.

Sam ada kelihatan memeluk erat ibunya dan berkata tidak mampu untuk menahan perasaan sebak kerana mengenang dosa yang telah beliau lakukan terhadap ibunya. Sebagai simbolik syurga itu dibawah tapak kaki seorang ibu, kata Sam lagi mahu sahaja tapak kaki ibunya itu ditepek kemukanya kerana mahukan syurga.

Melihat kedua beranak itu berpel0kan dan saling bermaafan, isteri kepada Sam iaitu Syatilla sempat mengusik Sam yang beliau juga mahukan tapak kaki suaminya itu dimuka. “Nak tapak kaki awak kat muka please” seloroh Syatilla. Memberikan reaksi bersahaja Shaheizy Sam membalas kembali komen isterinya dengan menjawab “Untuk awak, kentut kat muka pun saya ikhlas bagi”

Dilihat Rata-rata netizen tidak dapat menahan gelak dengan lawak psangan suami isteri ini. Memang pec4h perut dibuatnya kalau melayankan kerenah mereka berdua ini.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan buat Sam kerana berjaya menjadi contoh anak yg baik buat masyarakat. Menjadi tanggungjawab seorang anak agar menghargai dan berbakti kepada kedua orang ibu dan bapanya apabila sudah dewasa kelak.

Janganlah kita sesekali mengabaikan permintaan ibu bapa. Sentiasalah menyantuni mereka berdua dengan bersikap baik dan memohon maaf diatas kesilapan yang kita pernah dilakukan.

Sumber : Instagram shaheizy_sam / orenlaici

Be the first to comment on "Nak tapak kaki awak kat muka jgk plsss Syatilla Melvin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*