Menteri di JPM nafi adakan sidang media

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menafikan laporan beliau akan mengadakan sidang akhbar hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya hari ini, pihaknya memandang serius mengenai laporan berkenaan.

“Pejabat ini menafikan berita yang tular ini dan tiada sebarang sidang akhbar khas dari menteri. Hal ini kerana Mohd Redzuan pada masa ini masih menjalani tempoh kuarantin.

“Saya ingin mengingatkan kepada semua pihak supaya sentiasa menjaga penjarakan sosial untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19,” katanya.

Hari ini tersebar laporan mendakwa dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mengadakan sidang media, dipercayai berhubung status mereka dalam parti itu.

Berdasarkan edaran jemputan media, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh akan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat BERSATU.

Spekulasi kedua-dua Ahli Parlimen dari BERSATU itu dijangka menarik diri daripada parti berkenaan dan jika menjadi kenyataan, jumlah Ahli Parlimen BERSATU yang menyokong Perikatan Nasional (PN) bakal berkurangan kepada 111 kerusi.

Sumber:BHOnline 

Be the first to comment on "Menteri di JPM nafi adakan sidang media"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*