Kata nak pecat’, Dr. Mahathir tunggu di pejabat Bersatu

PENGERUSI Bersatu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang digugurkan daripada keahlian parti itu berada di ibu pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor di Petaling Jaya pada pukul 3 petang hari ini.

“Saya sekarang di Ibu Pejabat BERSATU, kata nak pecat, saya tunggu di pejabat,” tulis Dr. Mahathir pada status  terkininya di Facebooknya.

Dalam siaran langsung di Facebook Dr. Mahathir bin Mohamad selama 36 saat itu, bekas Perdana Menteri itu kelihatan memasuki ibu pejabat parti itu dan kemudian duduk sebelum siaran langsung tersebut tamat.

Ahli Parlimen Langkawi itu digugurkan keahlian dari Bersatu berkuatkuasa serta-merta.

Selain Dr Mahathir, turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi surat kepada kelima-lima ahli parlimen itu pada Rabu

Muhammad Suhaimi berkata ,keputusan itu dibuat kerana kelima-lima ahli parlimen itu enggan duduk di blok kerajaan ketika sidang Parlimen pada 18 Mei lalu.-SM

Sumber:suaramerdeka. Com

Be the first to comment on "Kata nak pecat’, Dr. Mahathir tunggu di pejabat Bersatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*