Dari YouTuber Ke Bintang Filem, Sebak Pula Bila Syahmi Cakap – “Kami Ini Hanya…”

Personaliti YouTube, Syahmi Sazli, 25, melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk membintangi filem terbaru berjudul Syif Malam Raya.
 
Menurut Syahmi, dia tidak pernah terfikir akan ke layer perak bersama dua lagi rakan baiknya iaitu Asif suhaimi dan Yoe Parey
 
“Sangat bermakna dan bagi kami ini adalah satu penghargaan kerana kami ini pun hanyalah bermula sebagai YouTuber sahaja.
 
“Tak sangka dapat peluang keemasan untuk berlakon dengan oatai-otai filem, pelawak-pelawak terkena dan juga dengan mereka yang terlibat dalam pembikinan filem ini,” katanya.

Syahmi berkata demikian ketika ditemu bual Gempak menerusi segmen Artis Duduk Diam yang disiarkan di Instagram Astro Gempak semalam

Tambah Syahmi lagi sepanjang menjalani penggambaran berlangsung, banyak ilmu yang dapat dipelajari termasuklah proses belakang tabir.
 
“Banyak pengalaman berharga yang saya dapat, tak puas rasanya menimba ilmu dan mendapat tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman.
 
“Kalau saya, banyak yang saya dapat belajar mengenai proses belakang tabir contohnya cara penyediaan kamera, pengcahayaan dan sebagainya.
 
“Alhamdulillah, syukur kami diberi peluang untuk merasai pengalaman berharga ini,” ujarnya

Dah Tiba Masa Syahmi, Asif Dan Yoe Parey Beraksi! Jom Ngopi Sambil Tonton Syif Malam Raya Tengah Malam Ini
 
Selain Syahmi, Asif dan Yoe, Syif Malam Raya juga turut menampilkan barisan pelawak seperti kumpulan Zero iaitu Atu, Sharif dan Syaiful, Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, dan juga aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.
 
Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 21 Mei 2020 (hari ini)
 
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
 
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.

Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka. Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.

Sumber:GEMPAK 

Be the first to comment on "Dari YouTuber Ke Bintang Filem, Sebak Pula Bila Syahmi Cakap – “Kami Ini Hanya…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*