Dakwa guna kabel pihak atasan, wanita bangga kongsi perjalanan rentas negeri di media sosial berdepan risiko diburu polis

Begitulah yang dapat disimpulkan mengenai tindakan seorang wanita yang selamba berkongsi kisah dia berjaya melakukan perjalanan rentas negeri di media sosial dan mendakwa menggunakan bantuan pihak atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pihaknya akan menyiasat kes tersebut, sebagaimana kes sama yang pernah berlaku sebelum ini.

“Seperti yang lepas apabila sebuah keluarga merakam selfie yang dia kata telah membohongi polis untuk bergerak keluar (rentas negeri) ke Kuala Lumpur.

“Jadi perkara sama mungkinlah. Ini isunya hampir sama. Jadi saya serahkan kepada PDRM untuk tindakan seterusnya,” ujarnya menerusi sidang media harian pada Jumaat.

Difahamkan, wanita tersebut dengan bangga berkongsi di media sosial bahawa dia melakukan perjalanan rentas negeri yang kini tidak dibenarkan sama sekali dengan mengunakan ‘kabel’ pihak atasan.

Menerusi posting wanita itu yang tular, dia memaklumkan sudah mempunyai surat kebenaran oleh ketua polis dari sebuah negeri di pantai timur.

Posting wanita itu yang kini tular.

Selain kenyataan penuh bangga itu, dia turut berkongsi paparan skrin fail PDF boranng berkenaan.

“So yang tak boleh balik kau diam. Stay at home. Jangan duk iri hati kat sisi. Suruh sis beraya dengan you al di kota raya,” tulis wanita itu di InstaStory.

Ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya berlaku sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Pada April lalu, PDRM mengenalpasti ahli keluarga yang berkongsi tip menipu polis untuk pulang ke ibu negara.

“Kita lihat tular di media sosial, seorang ahli keluarga menunjukkan mereka sudah balik ke Kuala Lumpur dan beri tips kepada orang ramai macam mana nak tipu polis.

“Saya ingin beritahu, saya hendak beri ingatan… jangan berbangga apabila lakukan kesalahan dan pengaruhi orang lain untuk ikut mereka. Polis telah kenal pasti mereka ini dan tindakan akan diambil, ” katanya.

Sumber:Mstar 

Be the first to comment on "Dakwa guna kabel pihak atasan, wanita bangga kongsi perjalanan rentas negeri di media sosial berdepan risiko diburu polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*