Krew TV3 Bongkar Realiti Sebenar Rancg. Bersamamu

Pendakwah bebas, Ebit Lew membuat pengumuman mengejutkan beliau akan berhenti menyalurkan bantuan kepada pihak yang terkesan susulan pandemi1k Covi1d-19.

Beliau berkata demikian setelah mendapat nasihat daripada pihak berkuasa kerana terdapat aduan terhadapnya susulan kegiatan yang dijalankan. Namun ada Ustaz-ustaz mempersoalkan jika apa yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew boleh menjatvhkan marvah orang m1skin, bagaiman pula dengan rancagan bersama mu yang telah bersiaran bertahun. Tapi tiada pula Ustaz-ustaz muncul meng3cam rancangan tersebut?

Di dunia ini, semua orang dilahirkan dengan nasib yang berbeza-beza. Ada yang dibesarkan dalam keluarga senang dan begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, maka wujudlah inisiatif seperti program ‘Bersamamu’ (TV3) dengan tujuan bertindak sebagai perantara saluran bantuan untuk meringankan b3ban di bahu golongan asnaf khususnya yang menetap di kampung.

Namun begitu, ada sebilangan kecil yang mengambil kes3mpatan terhadap bantuan-bantuan sebegini. Mungkin juga kerana terlalu selesa dengan bantuan yang diterima, mereka seolah-olah enggan mengubah nasib sendiri. Hakikat ini memang berlaku dan ia didedahkan sendiri oleh seorang krew ‘Bersamamu’ iaitu Hazrey.

Ayam pun duduk dalam almari baju

Berikut perkongsian menarik yang dibuat oleh lelaki ini bakal membuatkan kita terbuka mata dengan cabaran tatkala menjejaki golongan asnaf.

Krew TV3 B0ngkar Realiti Sebenar Rancangan Bersamamu

“Bila kami buat Bersamamu, sebelum shooting, kami akan tinjau dulu keadaan sebenar responden. Benarkah mereka ada usaha sendiri atau hanya bergantung kepada bantuan semata-mata? Kita check semua tu. Ada yang genuine case. Ada yang malas.

Ada yang kami jumpa ayam pun duduk dalam almari baju. itu malas. Ada yang benar-benar berusaha. Walaupun duduk setinggan, tapi tanah di tepi rumah diusahakan tanam tanaman yang boleh datangkan hasil.

Ada juga yang tak mampu berusaha disebabkan masalah kesihatan. Contoh ada kes keluarga sakit mental. Tetapi penduduk sekeliling tak hiraukan. Melarat hidup mereka. Kami datang, kena m4rah dgn ketua kampung.

Dan kami pun pernah kena kepung dgn org kampung sebab tak puashati kami shoot orang susah. Rupanya yang marah tu penyokong wakil rakyat. Siap bawak kayu lagi. Kami terpaksa panggil polis.

Dan ramai tak tahu, ketika banjir 2006/2007, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah (ketika itu suaminya masih TMJ), meredah air banjir di sekitar Johor untuk membantu mereka yang terjejas. Ada kisah menarik mengenainya.

Di Muar, Raja Zarith dibawa ke kawasan mangsa yang dah dibantu tetapi baginda bertegas nak lihat kawasan kampung. Dalam perjalanan tu, nampak sebuah rumah dikelilingi air. Ada kanak-kanak duduk di tangga. Baginda minta berhenti dan meredah air naik ke rumah itu.

Di dalam rumah itu, didiami seorang lelaki dan isterinya yang sakit, anaknya pun sakit mata dan hampir buta. Keluarga ini tidak dibantu langsung ketika banjir besar itu. Sebabnya? Lelaki itu berstatus penduduk tetap. She was very disappointed.

Kita tak boleh buat macam ni. Mereka pun manusia. We need to help them, assist them.” Itu antara ayat Raja Zarith. Raja Zarith ni, I have covered her programs many times, she is a soft spoken person. You know, that motherly kind. Dia tegas tapi dalam nada lembut.

Dan keluarga itu turut dibantu melalui Bersamamu. Kami datang shoot 3 hari ketika kawasan itu masih lagi terjejas banjir.

Memang ada wakil rakyat yang tak suka Bersamamu ni. Ada yang suka sebab boleh bawak hamper. Haha. Tapi yang paling tervk ialah bila depan kamera berjanji sampai ke langit, kami balik, mereka pun ghaib. Dan responden call kami mengadu.

Ada wakil rakyat yang berfikiran logik. “Ri, kita tak boleh nafikan memana pun ada orang susah. Mungkin tahun lepas dia tak susah. Tetiba tahun ni suami dia men1inggal dan tempat bergantung dah takde, keluarga jadi susah. Jadi kita kenalah bantu. Itu kewajipan kita.”

Bila datang rumah, mereka susah payah buatkan air

Ikut pengalaman saya, kebanyakan orang susah yang benar benar berusaha ni, mereka sangat menghargai sedekah. Biar pun sedikit. Walaupun seringgit. Kita datang untuk tinjau pun mereka dah rasa bersyukur walaupun belum tentu kami akan shoot.

Setiap kali, mereka pasti susah payah nak buatkan air. Adab orang kita kan. Walaupun susah, tetamu tetap dimuliakan. Kerapkali kami dah ‘warning’ siap siap, tak payah bersusah payah. Tapi yelah, biarpun mereka susah, kebanyakannya tinggi adab.

Ada satu kisah di Batu Pahat. Rumah famili ni terbakar. Hangus semuanya. Terpaksa menumpang rumah kecil jiran mereka. Dia tulis surat pada Bersamamu, lengkap dengan maklumat, pengesahan ketua kampung etc. Selepas tinjau, kami datang balik.

Kami datang bawak satu hamper barang keperluan ala ala style wakil rakyat lah. Saya datang berdua dengan bos Bersamamu, Noraini Tahir. Kami duduk bersimpuh di ruang kecil rumah ditumpang keluarga ni. Baik baik anak-anak famili ni.

Kami datang pun, lelaki ketua keluarga ni yang bekerja kampung dah cukup happy. Isterinya lagilah. Macam sambut orang meminang happy dia. Nasib baik saya sikat rambut masa tu, rasalah kacak sikit. Dia ceritakan kisah anak anaknya. Semua elok elok belajar. Bijak bijak anaknya.

Di akhir kunjungan kami tu, Noraini serahkan cek Bersamamu dalam envelope untuk membantu famili ni. Ketua keluarga sambut dan sangat happy. Tapi tak tengok pun kat dalam envelope tu. Wife dia pun berkali kali ucap terima kasih. Pun masih tak tengok apa dalam envelope nipis 9×5.

Yang suaminya tak lekang berterima kasih, begitu juga si isteri. Tapi kerana adab, mereka tak mahu buka apa terisi dalam sampul surat tu. Kita kan macam tu. Rasa tak molek pulak bukak depan depan kan.

Sebelum kami bangkit untuk beredar pulang, saya katakan pada bapa anak lima atau empat tu. Kisah ni berlaku tahun 2009 atau 2010 tak silap. “Tengoklah dalam sampul surat tu, ok tak untuk bantu buat rumah balik,” kata saya.

Dia pun buka perlahan lahan. Tarik keluar sekeping cek. Bila dia lihat jumlah pada cek tu, tak putus mulutnya dengan ucapan Ya Allah, Alhamdulillah. Dia tunjuk pada isterinya, terus isterinya menangis dan peluk Noraini. Saat seperti itulah yang naikkan semangat kami.

Jumlah diterimanya besar. Dan kami katakan, kami hanya perantara. Ini sumbangan dari rakyat Malaysia melalui tabung Bersamamu. Terima kasih pada mereka yang menyumbang. Dan niatkan pahala kepada mereka yang menyumbang. Bukan kami.

Saat kami melangkah keluar tu, lelaki ketua keluarga di Batu Pahat tu masih berucap syukur dan berterima kasih kepada kami. Dan selepas itu, mereka sentiasa update rumah yang dibina semula, keadaan keluarga mereka. Dan update kecemerlangan anak anak mereka dalam pendidikan.

Kalau bapa mereka call, mesti akan pass telefon pada anak anak mereka untuk bercakap dengan saya. Saya tanya khabar, tanya pelajaran mereka. Mereka beritahu dapat nombor berapa, subjek apa cemerlang. Sentiasa update saya dan Noraini.

Usah bimbang atau terkesan dengan pihak ‘Bersamamu’

Kita mungkin tak mampu bantu dari segi kewangan, tapi kita sentiasa ada kemampuan lain. Banyak cara untuk kita bantu orang susah. Dan bila kita dipertemukan dgn orang susah, mungkin Allah jadikan kita perantara kerana kemampuan kita bukan dari segi kewangan tapi kemampuan lain.

Krew bersamamu bertukar ganti. Tetapi matlamatnya tetap sama. Membantu meringankan b3ban. Menjadi perantara untuk anda, untuk mereka. Ringankan beban mereka yang susah, ringankan b3ban (permudahkan) untuk anda bersedekah. Ini kisah untuk paparan Ahad ini.

Dan kepada sahabat sahabat di JKM sekelian, usahlah bimbang atau rasa terkesan dengan krew Bersamamu. Mereka hanya perantara untuk penonton di luar sana, yang mahu menyumbang. Kami tahu anda menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Dan anda semua di luar sana, usahlah bila nampak ada orang susah terus mencela sahabat kita di JKM, Pusat Zakat. Kerapkali kita lihat sebenarnya, mereka sudahpun menerima bantuan. Tetapi gunakan tenaga itu untuk membantu, bila ada orang share tentang orang susah.

Lazimnya, orang susah ni kebanyakannya tak mahu duduk diam di rumah menunggu bantuan semata-mata. Mereka nak keluar juga mencari duit. Dan apabila ia dipapar di media sosial, cepat kita menc3la JKM, Pusat Zakat.

Dan kita juga perlu faham, peruntukan JKM contohnya perlu dibahagi-bahagikan kepada ramai penerima. Bukan segala peruntukan diberikan pada satu atau dua keluarga. Jadi, untuk kita yang ada rezeki lebih tu, bila tahu orang susah, bantulah. Dan bantu diri raih pahala.

Selalu kita baca, orang marah marah bila kisah orang susah dikongsikan di media sosial. “Duit JKM bebanyak tu pergi mana? Ini mesti masuk poket sendirilah tu.” Apabila kita tak faham, mudah kita menuduh.

Dan apabila kita bersedekah, kita perlu katakan pada diri kita, ini rezeki yang Allah tumpangkan pada aku. Ini sebenarnya rezeki orang susah ni. Insha Allah kita tak pernah akan miskin jika bersedekah” tulis Hazrey lagi di laman twitter beliau

Sumber: Twitter Hazrey

Berikut reaksi netizan selepas perkongsian ini

“Jadi apa yg ustaz Ebit lalui itu tidak ada yg peliklah maknanyer. Bila ada pend3dahan mcm ni barulah tahu kisah sebenar golongan masyarakat kita. Bukan semua tapi segelintir manusia yg hatinya itu seperti busuk bekerak hitam” tulis seorang pengguna sosial media Peah Peah

‘Setakat ini sajalah saya bantu orang susah waktu PKP’ – Ebit Lew

Hari ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumamn Ebit Lew untuk berhenti memberi sumbangan kepada orang m1skin atas sebab-sebab tertentu. Pelbagai pihak telah tampil menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada Ustaz EBit Lew, temasuklah bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak

“Semoga semua urusan dipermudahkan. Mulia perjuangan dan hati Ustaz membantu mereka yang memerlukan. Moga suatu hari nanti Ustaz dapat meneruskan aktiviti amal ini. Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya” tulis Najib di akaun Facebook beliau

Berikut pula tulisan dari aktivis NGO Mohd Fadli Salleh

Berita kedua yang menyedihkan diterima petang tadi. Bila saudara kita Ustaz Ebit Lew mengumumkan akan berhenti bergerak dan membuat agihan.

Ia kerana tekanan dari pelbagai pihak yang membuat laporan hingga beliau dinasihatkan oleh pihak polis untuk berhenti bergerak dan membuat agihan.

Kini, beliau cuma membantu dari kejauhan. Cara yang dibenarkan sahaja oleh pihak berkuasa tanpa boleh turun padang seperti biasa lagi.

Allahu, besar ujian buat beliau. Semoga beliau terus tabah atas ujian di Ramadan pertama tahun ini.

Kita ini…

Jika pun tidak mahu membantu, usahlah dengk1i.

Jika pun tidak mahu menolong usahlah iri.

Jika pun tidak dapat turut serta, janganlah pula merencatkan agenda.

Jika tidak boleh memudah, tolong jangan menyvsah.

Akibat t3kanan orang, akibat dibuat laporan, hasilnya akan ada keluarga miskin, terdesak dan asnaf ternafi hak mereka.

Mereka ternanti-nanti sesiapa sampai di pintu rumah menghulur gula. Dan kini penantian mereka hanya menjadi sia-sia.

Semoga Allah mengampuni kita semua dan wabak bahaya ini segera berlalu pergi.

Allahumma Amin…

Artikel ini disediakan oleh http://trendingsangat.pw  Sebarang COPY PASTE tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.

Sumber: Twitter Hazrey, FB Najib Razak, FB Mohd Fadli Salleh

Related Topics:

Be the first to comment on "Krew TV3 Bongkar Realiti Sebenar Rancg. Bersamamu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*