2020 ‘PKP Dilanjutkan Hingga 12 Mei 2020’ – Perdana Menteri

Sebentar tadi, satu sidang media khas oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena menyambut bulan Ramadan. Menurut beliau, puasa adalah ibadah yang menyeru umat untuk terus berjihad melawan hawa nafsu. Hal ini termasuk berjihad untuk terus duduk dirumah bagi membendung penyebaran wabak Covid-19. Beliau turut mengumumkan beberapa perkara penting termasuk tempoh PKP bakal dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020.

Pelajar terkandas dibenarkan pulang

Sehubungan dengan itu, kerjaan memberi sedikit kelonggaran. Pertamanya kepada pelajar yang berada di kampus dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Proses membawa balik pelajar yang terkandas bakal diatur oleh pihak kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebelum dibenarkan pulang ke rumah mereka perlu disaring terlebih dahulu bagi memastikan mereka benar-benar sihat.

Terkandas di kampung dibenarkan pulangSelain itu, kerajaan turut memberi sedikit kelonggaran bagi mereka yang berada di kampung atau berada di mana-mana dan ingin kembali ke rumah masing-masing. Kelonggaran ini hanya tertakhluk kepada mereka yang terkandas. Hanya sekali perjalanan hanya dibenarkan. Mereka yang layak perlu membuat pendaftaran online melalui aplikasi GerakMalaysia atau boleh membuat temu janji di balai polis berhampiran.

PKP dilanjutkan hingga 12 MeiDi sampaing itu, beliau turut mengumumkan PKP akan dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020. Hal ini bagi memastikan wabak Covid-19 dapat ditangani dengan sepenuhnya. Pihak kerajaan turut tidak teragak untuk menyambung tempoh PKP jika wabak ini masih belum dapat dibendung.

Sumber: OHBULAN. 

Be the first to comment on "2020 ‘PKP Dilanjutkan Hingga 12 Mei 2020’ – Perdana Menteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*