Syifa mel4ser Sarah Hildebrand – Kenapa perlu ada statement berbaur d3ngki?

“Famous Macam Mana Pun Kau, Kalau…” – Syifa Melvin Balas Reaksi Sarah Hildebrand Isu Instafamous, Percaya Hal Viral Dari Kuasa Internet

Pelakon dan bintang media sosial, Syifa Melvin membid4s kenyataan yang dibuat pelakon Sarah Hilderbrand mengenai populariti gelaran Instafamous.

“Saya melihat terlampau ramai selebriti internet atau ‘instafamous’ yang merosakkan industri sekali gus menjejaskan masa depan golongan anak seni.

“Semua orang mahu dikenali sebagai ‘instafamous’ tetapi tidak tahu apa sumbangan mereka pada industri hiburan tanah air?,” tulis pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand di Insta Storiesnya tanpa memetik mana-mana nama.

Bagaimanapun, perkara tersebut menarik perhatian Syifa Melvin yang juga sebelum ini turut dikenali sebagai ‘bintang virtual’ menerusi tutorial solekan.,

“I totally disagree dengan statemet Sarah, itulah dunia sekarang, kita tak boleh nak berhentikan perkara sebegitu sebab dunia sekarang adalah dunia cyber, semua benda yang vir4l adalah dari kuasa INTERNET!

“Pandanglah dari sudut positive yang itu rezeki mereka “instafamous” dan wujudkanlah persaingan yang sihat dalam diri instead of calling people STUPID,” tulis Syifa menerusi Insta Storiesnya pula.

Tambah adik kepada Syatilla Melvin itu lagi, dia menegaskan bahawa setiap tawaran berlakon dan pengacaraan itu adalah rezeki.

“Artis dan sah sah keluar tv dan sah2 ramai orang tengok TV, medium untuk Instafamous hanyalah di platform Internet yang tak semua mengenali mereka.

“Kenapa perlu ada statement berbaur d3ngki? Aku pun dikenali sebagai INSTAFAMOUS terkesan sedikit sebanyak dengan statement Sarah.

“Percayalah pada rezeki Allah, famous macam mana pun kau, kalau itu bukan rezeki dari Allah, takkan jadi hak kau jugak.

“Jadi, jangan menuding jari pada golongan Instafamous bila job tak banyak masuk. Tapi doa pada Allah murahkan lagi rezeki,”kongsi Syifa lagi.

Instagram : Syifa Melvin

berita terdahulu

‘Instafamous’ rosakkan industri, jejas anak seni

“SAYA melihat terlampau ramai selebriti internet atau ‘instafamous’ yang merosakkan industri sekali gus menjejaskan masa depan golongan anak seni.

“Semua orang mahu dikenali sebagai ‘instafamous’ tetapi tidak tahu apa sumbangan mereka pada industri hiburan tanah air?,” kata pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand ketika mengulas status yang dimuat naik di laman Instagram miliknya hari ini.

Dalam Instagramnya, Sarah meminta orang ramai berhenti mempopularkan orang bod0h menerusi status berbunyi ‘Stop Making Stvpid People Famous’ tetapi dia tidak menujukan kepada mana-mana ‘instafamous’ dan ia hanya secara umum.

Menurut pelakon yang dikenali menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu, masyarakat juga sudah ada medium bagi menyebarkan nilai baik tapi ramai yang menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri.

“Ada yang menggunakan populariti dengan melakukan perkara bod0h dan memuat naik benda tidak berfaedah,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, selebriti media sosial hanya meros4kkan pasaran untuk artis tempatan dalam industri seni tempatan.

“Contohnya, ramai hos atau pelakon yang berbakat tapi tawaran itu diberikan kepada ‘instafamous’ yang memiliki pengikut ramai di media sosial walaupun belum pasti mereka boleh berlakon atau mengacara.

“Golongan artis turut terjejas bila harga bayaran lakonan yang ditetapkan ‘instafamous’ jauh lebih rendah,” katanya.

Apapun, Sarah berharap warganet juga lebih berhati-hati untuk menjadi pengikut mana-mana ‘instafamous’ di media sosial.

“Semoga golongan artis dan ‘instafamous’ juga lebih bijak dengan apa yang mereka mahu kongsi di sosial media,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! SK

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: penakita.pw