Dakwaan Najib Kahwin Lagi, Sekali Chef Wan Komen

Kecoh di laman sosial sejak minggu lepas apabila tular mengenai wanita yang did4kwa sebagai isteri baru mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pelbagai spekulasi mengenainya timbul, malah dijadikan bahan jenaka oleh segelintir warga maya.

Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menerusi kemas kini di Instagram tidak terkecuali mengulas mengenai isu itu.

Dia menggesa semua pihak supaya tidak terlalu mudah percaya dengan khabar angin dan menasihati orang ramai agar menjaga tepi kain sendiri saja.

“Kau ingat Kak Mah kasi? Mampvs disiat-siatkan Najib tu,” tulisnya.

Sementara itu, menurut mStar Online yang memetik laporan The Star, seorang wanita berusia lingkungan 50-an yang dikaitkan dengan Najib telah membuat laporan polis bagi menafikan spekulasi tular berkenaan selain bimbang keselamatan diri t3rancam.

SEORANG wanita memfailkan laporan polis bagi menafikan spekvlasi yang tersebar, mengenai dirinya telah berkahwin dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wanita berusia 50-an itu membuat laporan polis selepas gambarnya tular di media sosial dan aplikasi mesej, yang mendakwa dia merupakan ‘isteri kedua’ Najib.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan mereka menerima laporan daripada wanita berkenaan, sambil menambah bahawa pihaknya akan merujuk perkara tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Ya, kita telah terima laporan itu dan telah membuka siasatan. SKMM juga telah dimaklumkan mengenai kes itu,” katanya.

Dalam laporan yang diperoleh The Star, wanita itu, dikenali sebagai Noorhaiza Abdullah, menafikan telah berkahwin dengan Najib.

Dia mendakwa satu halaman Facebook telah memuat naik gambarnya bersama Najib, dengan menyatakan bahawa mereka telah berkahwin.

Dia mendakwa sekeping gambarnya yang lain juga tular dengan keterangtan ‘mengucapkan tahniah’ kepada mereka mengenai perkahwinan yang didakwa itu.

Noorhaiza berkata, dia membuat laporan itu kerana bimbang mengenai kes3lamatannya dan menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap pengguna Facebook terbabit. – The Star

Dalam pada itu, hasil tinjaun di FB milk bekas Perdana Menteri tu, tiada apa-apa ulasan atau komen mengenai dakwaan tersebut. Bahkan posting Najib Razak lebih kepada mengingatkan rakyat Malaysia untuk menjaga kesi1hatan dan kebersihan diri. Najib juga telah mencadangkan beberapa penyelesaian kepada kerajaan untuk menghadapi penvlaran c0ronavirvs

Be the first to comment on "Dakwaan Najib Kahwin Lagi, Sekali Chef Wan Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*