Terima Kasih Kerana Menjadi Segalanya Buat Saya Sayang”-

Penyanyi dan pengarah Yusry Abdul Halim menyambut ulang tahun perkahwinan yang kelapan bersama isterinya, aktres Lisa Surihani.

Sempena Hari Istimewa tersebut, Yusry telah mendedikasikan ucapan manis buat isteri tercinta menerusi p0sting terbaru di akaun Instagramnya.

“Siapa sangka. Kami berjumpa hampir 9 tahun yang lepas dan sudah mendirikan rumah tangga selama 8 tahun.

“Ini adalah hubungan yang paling lama pernah saya jalinkan namun terasa singk4t. Benarlah apabila ada yang kata masa berlalu dengan pantas apabila kita sangat bahagia.

“Terima kasih kerana menjadi segalanya buat saya sayang @lisasurihani. Selamat Hari Kita 8,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan Yusry dan Lisa.

“Ada yang perasan s3mut lalu dekat feed korang tak malam-malam macam ni sebab manis sangat ni. Semoga bahagia hingga jannah abang @yusryabdhalim kak @lisasurihani,” tulis @midaroslee_

“Pasangan yang sepadan dan selalu manis. Semoga terus kekal hingga ke jannah sebab dua-dua saya minat sangat. Lisa yang comel, abang Yusry yang kacak. Kak yong dan adik memang mewarisi kecantikan dan kekacakan dari ibu bapanya. Love you always,” komen @qasehdiejiwa

Isterinya Lisa Surihani turut memberi ucapan kepada suaminya sempena ulangtahun perkahwinan mereka.

Terd4hulu, Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang anak bernama Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

Sumber: gempak via kl press

Be the first to comment on "Terima Kasih Kerana Menjadi Segalanya Buat Saya Sayang”-"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*