Suami jual dadih guna motor, isteri dukung anak setia teman bawah terik

Berat mata memandang, berat lagi bah memikul. Peribahasa itu sering kita dengar apabila melihat kesusahan orang lain dalam meneruskan kehidupan.

Tidak semua insan dilahirkan dalam keadaan senang dan tidak semua merasa diberi ujian bagi menguatkan lagi fizikal serta mental dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Jual dadih di tapak parking

Hal ini samalah seperti perkongsian gambar daripada laman Facebook Penang kini yang memperlihatkan satu gambar pasangan suami isteri sambil mendukung bayi berniaga dadih menggunakan motosikal.

Menurut perkongsian daripada Facebook sumber, lokasi perniagaan pasangan suami isteri itu adalah di tapak parking depan Maybank bandar Perda. Kelihatan mereka berniaga tanpa ada sebarang kerusi dan meja serta sang isteri menggendong anak kecil.

Sama-samalah kita menolong

Sehubungan dengan perkongsian yang menyentuh hati itu, warganet telah mulai meninggalkan komen diruangan tersebut. Rata-rata berasa simpati terhadap pasangan tersebut dan meminta agar orang ramai menyokong perniagaan mereka.

Mereka turut menitipkan doa agar pasangan suami isteri itu memperolehi keuntungan dan dipermudahkan urusan mencari rezeki.

Belilah sambil membantu

Semoga dikurniakan rezeki melimpah ruah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Siakap Keli Press

 

Be the first to comment on "Suami jual dadih guna motor, isteri dukung anak setia teman bawah terik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*