Siti Nurhaliza Bakal Timang Cucu April Ini

Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi anak tirlnya Adib Khalid bakal menimang cahaya mata perempuan pada April ini.

Siti yang berkongsi berita gembira itu di Instagram mendoakan supaya kehamilan isteri Adib yang juga pelakon popular Izara Aishah berjalan lancar.

“Alhamdulillah, semua doakan supaya dipermudahkan proses bers@lin nanti dan ‘baby girl’ sihat walafiat,” tulisnya di Instagram.

Siti membuat pengumuman itu ketika menghadiri majlis Baby Shower Izara yang berlangsung hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah ibu mentua Izara, Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham yang turut mengumumkan jantina anak yang dikandung Izara.

Terdahulu Izara, mengumumkan dia hamil enam bulan pada awal tahun ini sekali gus menaflkan desas-desus mend@kwa dia tidak svbur.

Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber: hmetro

Be the first to comment on "Siti Nurhaliza Bakal Timang Cucu April Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*