Awalnya Saya Nyanyikan Lagu Itu Menggunakan Sebutan Jelas ” Single Dap Dap Dap Dipertlkai Netizen, Ini K0men Siti Sarah

Penyanyi Siti Sarah tampil memberi penjelasan selepas terdapat segelintir pendengar yang mempertikaikan cara nyanyiannya dalam single terbaharu, Dap Dap Dap kedengaran agak pelik.

Jelas Sarah, dia menyanyi dengan cara begitu disebabkan untuk selari dengan konsep lagu bukan sengaja mengada-ngada.

“Terus-terang, awalnya saya nyanyikan lagu itu menggunakan sebutan jelas terhadap setiap perkataan.

“Namun, hasilnya memang tidak kena dan kedengaran janggal.

“Lantas, Yonniboii menyarankan saya menyanyikannya dengan cara yang lebih berkarakter. 

“Barulah ia kedengaran lebih bertepatan dan sempurna dengan keseluruhan konsep lagu.

“Hakikatnya, saya mengambil masa lapan jam untuk belajar sebutan sebegitu.

“Maklum saja, saya sendiri sudah terbiasa dengan nyanyian baku dalam lagu-lagu terdahulu,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, isteri kepada penyampai radio, Shuib Sepahtu mendedahkan terdapat dua pilhan tajuk lagu telah diberi kepadanya.

“Untuk judul lagu itu sendiri pun, sebenarnya kami ada dua pilihan sama ada menggunakan Manis atau Dap Dap Dap.

“Tapi Manis jelas sangat klise, justeru judul satu lagi dipilih.

“Ini bukan pertama kali, saya pun pernah hasilkan lagu berentak rancak seperti Jangan Kau Mimpi dan Pesan Mama sebelum ini.

“Jadi, saya berharap lagu ini juga akan diterima baik disebabkan secara peribadi lagu ini bertepatan dengan trend sekarang,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Siakap Keli Press 

Sumber: gempak

Be the first to comment on "Awalnya Saya Nyanyikan Lagu Itu Menggunakan Sebutan Jelas ” Single Dap Dap Dap Dipertlkai Netizen, Ini K0men Siti Sarah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*