Rahsia Awet Muda Datin Maria Farida Tanpa Kos.Umur 50 tahun Tapi Kelihatan Seperti 20 Tahun

SIAPA tidak kenal pelakon berwajah Pan Asian ini yang popular sekitar tahun 90-an. Datin Maria Farida sentiasa mendapat jol0kan pelakon jelita, dan terus kekal awet muda walaupun akan meraikan usia 50 tahun pada tahun hadapan.

Dia yang hadir ke studio dengan dihantar suaminya, hadir dengan wajah polos tanpa secalit mekap. Berkali-kali saya tanyakan kepadanya, apa yang dicalitkan pada wajahnya hari itu. Katanya, dia keluar rumah tanpa apa-apa pada wajah.

Cermin mata hitam itu sajalah penyelamatnya. Kalau kamu melihat sendiri wajahnya secara dekat tanpa mekap, kamu pasti tidak percaya. Begitu mulus dan berkilau kulit wajahnya bagaikan sudah dilitupi bedak asas.

Maria Farida yang berehat seketika daripada dunia lakonan kini sibuk menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap ‘bayi barunya’ yang diberi nama Glam Rush Palette by MF Cosmetique.

Semua orang minta InTrend tanyakan, apalah petua awet muda Maria Farida sehingga langsung tidak nampak dimamah usia?

Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk jawab kerana saya memang tidak mempunyai amalan khusus. Percayalah, semua yang ada ini semula jadi. Malah, untuk penjagaan kulit pun saya tidak punya set produk lengkap.

Rutin jaga kulit saya cukup dengan mencuci muka dengan pencuci mekap yang berpelembap. Saya punya kulit sens1tif, tiada produk yang sesuai dengan kulit saya.

Saya rasa apa yang saya miliki ini mungkin daripada faktor genetik ibu dan nenek kerana nenek saya pun masih nampak muda walau sudah lanjut usianya.

Tidakkah ibu dan nenek anda sendiri punya apa-apa petua yang diturunkan?

Tidak ada. Mereka juga seperti saya tidak amalkan apa-apa petua kecantikan seperti jamu dan lain-lainnya. Saya rasa apa yang penting adalah sentiasa rasa gembira dan jalani kehidupan yang sihat. Dan kecantikan itu akan datang dengan sendirinya.

Maka, murahlah kos kecantikan anda setiap bulan?

Ya, saya tidak belanja banyak untuk penjagaan diri. Untuk rawatan kulit pun, saya ditaja oleh MyClinic. Kebanyakan kosnya pun mungkin kepada penjagaan rambut. Ada jugalah saya ambil beberapa jenis suplemen tetapi itu pun kadang-kadang culas juga.

Bagaimana dengan penjagaan badan, bagaikan anak dara lagi sus0k tubuhnya?

Saya sejenis yang kuat makan. Saya akan makan apa sahaja dan tiada pant4ng-lar4ngnya. Cuma saya hadkan pengambilan nasi seperti sekali sehari. Yang lain-lain tu saya makan saja, terutamanya dessert.

Saya bertuah kerana sejak muda saya mempunyai kadar metab0lisme yang tinggi, mungkin itu penyumbang kepada berat badan saya yang tidak berubah. Paling berat pernah saya alami adalah 55kg, itu pun dah rasa g3muk sangat.

Dan, sekarang berat saya sekitar 51kg. Saya juga tidak ke gimnasium. Mungkin, rutin harian saya yang sibuk dan selalu ke sana sini membuatkan saya mudah memb4kar lemak dan kalori yang ada

Pernah atau tidak melakukan rawatan kecantikan estetik seperti suntikan b0toks, k0lagen dan sebagainya?

Saya tidak rasa frozen look itu cantik. Muka yang b3ngkak dan tidak nampak asli itu cantikkah? Saya tidak faham dengan orang yang buat-buat muka ini kerana ia nampak f4ke. Ada juga sesetengah netizen yang kata saya buat muka, kadang-kadang saya belek muka sendiri, bahagian manalah yang mereka nampak tidak asli itu?

Saya ini seorang yang p3nakut dengan jarum, memang mustahil untuk saya serahkan diri melakukan itu semua. Kalau mahukan wajah yang sempurna banyak lagi cara lain yang lebih selamat seperti melakukan facial exercise yang boleh diikuti menerusi YouTube.

Atau, lebih mudah, gunalah alat solek untuk menutupi kekurangan yang ada. Dengan solekan yang tepat, wajah bruk pun boleh jadi cantik.

Bagaimana tercetusnya idea untuk melahirkan palet mekap ini?

Saya sendiri seorang yang agak cemerkap, dan selalu lupa untuk membawa barang itu dan ini. Kadang- kadang tertinggal ginculah, bedaklah. Jadi, saya terfikir mengapa tidak saya ilhamkan satu alat solek yang lengkap semuanya dalam hanya satu palet?

Palet ini mengandungi semua yang diperlukan dalam sebuah solekan; bedak, pembayang mata, celak, pemerah pipi dan gincu. Saya mahu mendidik wanita hari ini untuk menjadikan kehidupan mereka lebih mudah dan tidak remeh.

Mengapa perlu beli satu-satu item dengan kos yang lebih tinggi sedangkan ia boleh dirangkumkan dalam satu palet yang praktikal? Be smart! Dan, semua warna pembayang mata ini adalah pilihan saya sendiri yang sangat sesuai untuk wanita di Malaysia.

Setahun lamanya saya mengambil masa untuk mengeluarkan produk ini.

Apakah tips solekan anda?

Pilihlah kaedah dan teknik solekan yang tepat. Tidak saIah untuk m3niru solekan di YouTube dan seangkatan dengannya, asalkan sahaja ia kelihatan cantik di wajah anda. Namun, jangan terlebih bersolek sehingga kelihatan seperti badut.

Tidak semua solekan yang dilihat cantik itu, terlihat yang sama pada wajah kita. Bersoleklah mengikut kesesuaian wajah dan praktik selalu untuk mendapatkan kesempurnaan.

Makna cantik bagi anda?

Seperti yang selalu dikatakan, ia perlu dimulakan dari dalam. Kalau hati penuh h4sad d3ngki, d3ndam, suka membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain, maka hilang seri wajah itu. Bagi saya cantik itu banyak didorong oleh keyakinan diri. Sentiasa bahagiakan diri.

Sumber: Majalah Intrend via Tube Viral via Media Viral

Be the first to comment on "Rahsia Awet Muda Datin Maria Farida Tanpa Kos.Umur 50 tahun Tapi Kelihatan Seperti 20 Tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*