[VIDEO] “Izinkan aku merasa detik ini 19 0ct 2019” – Elly Mazlein selamat bertunang dengan Guru Geografi, Mohamad Azlan

Siapa tidak mengenali dengan pengacara dan pelakon ini, Elly Mazlein yang merupakan diantara selebriti popular tanah air.

Elly Mazlein atau turut mesra dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom ini bagaimanapun kini sedang bahagia bersama jejaka pilihannya.

Pada 19 Oktober lalu, majlis merisik selebriti cantik ini yang diadakan secara tertutup mendapat perhatian netizen. Malah, tidak kurang juga ramai peminat dan rakan selebriti mendoakan yang terbaik buatnya.

Namun begitu, tular pula sebentar tadi, Elly Mazlein kini sah bergelar tunang kepada seorang Guru Geografi dikenali sebagai Mohamad Azlan.

Video dikongsikan dilaman Instagram Melodi TV3 ini juga mendapat perhatian ramai peminat dan pengikut laman Instagram.

Kelihatan Elly Mazlein disarungkan cincin dan wajah gembiranya membuatkan ramai peminat mengucapkan tahniah buatnya.

 

“Tahniah! Kepada pelakon & pengacara, Elly Mazlein yang telahpun selamat menjadi tunangan kepada seorang Guru Geografi, Mohamad Azlan…”

Sumber: Melodi TV3Elly Mazlein via HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] “Izinkan aku merasa detik ini 19 0ct 2019” – Elly Mazlein selamat bertunang dengan Guru Geografi, Mohamad Azlan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*