Saya Tak Mencari Cinta, Tp Cinta Yg Datang ke 21 Ni Aura Dia MasyaIIah Tak Boleh Tolak Dah – Wak Doyok

Betul kata Mstar Online Official, saya tak mencari cinta. Tapi cinta yang datang ke 21 ni macam mana. Aura dia masyallah tak boleh tolak dah,”

Demikian kapsyen ditulis Wak Doyok sambil berkongsi sekeping gambar beliau bersama seorang gadis mat saIih cantik di akaun Instagram miliknya.

Difahamkan perkongsian gambar dibuat Wak Doyok itu susulan artikel sebelum ini yang dikeluarkan oleh sebuah portal terkenal yang bertajuk “Ramai wanita mat salih cuba dekati saya – Wak Doyok tak mencari cinta, serah pada ibu tolong cari jodoh”.

Bagaimanapun Wak Dok tidak menyatakan dengan terperinici siapakah gerangan gadis mat saIih bersama beliau itu.

Terdahulu pemilik nama sebenar Mohd Azwan Md Nor ini mengakui beliau kini masih dalam proses mencari pasangan yang sesuai selain mengakui ramai wanita mat saIih cuba mendekati dirinya.

Sementara itu rata-rata pengikut ikon fesyen terkenal ini teruja untuk mengetahui siapa gadis mat saIih berambut perang bersamanya itu, tak kurang yang mendoakan beliau dan gadis tersebut berakhir ke jinjang pelamin.

” Awek tu punya aura lain macam ye wak. Apapun dah tak lama ni, till jannah wak,” ucap Azlee

” Nampak sepadan dengan wak, tunggu apa lagi, nanti hilang aura melepaass..Kahwin jangan lupa jemput tau, mesti dapat anak-anak comel nii”, komen Alice

Dalam pada itu Wak Doyok memberitahu meskipun usianya sudah mencecah 40 tahun, pelakon dan personaliti laman sosial terkenal ini enggan terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga.

” Buat masa sekarang saya belum ada calon lagi dan mahu fokus pada perniagaan terlebih dahulu. Tak nak terburu-buru untuk kahwin.

Beliau yang ditemui ketika sesi temu bual bersama mStar menerusi segmen What The! baru-baru ini mengakui dirinya masih mencari pasangan yang sesuai dengannya.

” Ramai juga wanita mat saIih cuba mendekati saya tapi kita ada batasan. Ibu saya lebih suka wanita melayu, cuma mereka yang tak minat saya.

” Saya tidak mencari tapi kalau jumpa yang okey, jalan saja. Ibu pun ada tolong carikan juga,” kata Wak Doyok.

Dalam pada itu, pelakon filem Abang Long Fadil 2 ini memberitahu selain memiliki wajah cantik, dia juga mahu bakal isteri yang tahu memasak.

lkon fesyen terkenal ini juga berharap pasangannya itu nanti bukan seorang yang gemar melayari laman sosial serta menjadi terkenal.

” MestiIah kita nak yang cantik tetapi yang paling penting dia boleh masak sebab saya tak suka makan di luar.

” SeIain itu, dia kena jaga dan terima saya seadanya… itu pun sudah mencukupi. Kalau boleh, saya tak nak isteri yang aktif dalam laman sosial,” ujarnya.

Dalam satu temuaramah pada 2016, Wak Doyok ditanya mengenai asal usul nama samaran beliau:

” Ini panggilan dari kawan-kawan saya, Wak adalah nama lelaki di Malaysia, sedangkan Doyok adalah kerana saya berketurunan Jawa, dan ketika saya kecil Doyok dan Kadir sangat popular di Malaysia, jadi saya dipanggil Wak Doyok,”, katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar dan IG Wak Doyok

Be the first to comment on "Saya Tak Mencari Cinta, Tp Cinta Yg Datang ke 21 Ni Aura Dia MasyaIIah Tak Boleh Tolak Dah – Wak Doyok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*