Ramai Kecêwa Eyka Farhana Dan Pemain Kebangsaan Bercuti Di Phuket Cetůs Kontrovërsi

Sukan SEA baru-baru ini di Filipina sudah pun berlalu dengan menyaksikan pasukan bola sepak negara bawah 23 tahun pulang awal apabila tidak melepasi peringkat kumpulan.

Meskipun berada didalam kumpulan yang agak mudah berbanding kumpulan pasukan Indonesia dan Thailand, pasukan negara nampak sukar untuk mendapat rentak permainan apabila tewas kepada pasukan ‘underdog’.

Sedang asyik prestasi pasukan bola sepak U-23 negara menjadi bualan ramai, timbul pula isu terbaru apabila beberapa pemain kebangsaan dilihat bercuti di Phuket bersama artis tanah air, Eyka Farhana.

Gambar tersebut dimuat naik sendiri oleh Eyka Farhana di laman Instagram miliknya, namun dipadam setelah mendapat kecaman para peminat.

Dalam gambar tersebut, Akhyar Rashid kelihatan mesra di sebelah Eyka Farhana bersama teman-teman lain. Yang lebih mengejutkan, penyerang prospek negara yang bakal bermain untuk K.V. Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin turut kelihatan bercuti bersama mereka.

Gambar yang tersebar ini mendapat perhatian peminat tempatan yang beranggapan perkara ini akan merosakkan karier pemain negara dan prestasi mereka akan merudum jika tidak dibendung sejak awal.

Selain dikecam hebat, laman Instagram Akhyar Rashid dan Luqman Hakim juga menerima serangan bertubi-tubi dari peminat.

Pada pendapat anda, adakah isu ini adalah isu peribadi pemain negara dan tidak patut dicampur oleh orang luar, ataupun pemain bola sepak negara tidak sepatutnya bergaul dengan artis tempatan hingga mencetuskan kontroversi? Kongsikan pendapat anda di ruanan komen di bawah!

Sumber : CARI / SKT

Be the first to comment on "Ramai Kecêwa Eyka Farhana Dan Pemain Kebangsaan Bercuti Di Phuket Cetůs Kontrovërsi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*