Polis Dubai Berlatih Bawa Motor Terbang, Bakal Jadi Kenderaan Peninjau 2020

NAMPAKNYA impian melihat kenderaan terbang bakal jadi kenyataan. Menariknya, jentera terbang itu (lebih tepat lagi, motor terbang) bakal digunakan sebagai pengangkutan peninjau polis menjelang 2020. Di Dubai, khabarnya polis di bandar raya itu sedang menjalani kursus pengendalian hoverbike buatan syarikat California, Hoversurf.

Hoverbike S3 (2019) itu, yang seberat 114kg, boleh terbang pada kelajuan 97kmj dengan ketinggian 5 meter dari tanah. Menggunakan frem monokok gentian karbon, motor terbang itu dipadankan sistem pelepasan dan pendaratan auto dengan tetapan altitud dan pilihan kawalan  jauh.

Polis Dubai berhasrat menggunakan hoverbike sebagai kenderaan respon pertama di lokasi yang sukar dijangkau menjelang 2020. Namun, masa penerbangan maksimum yang cuma bertahan 10-25 minit sedikit sebanyak mengehadkan keberkesanan tugasan.

Bateri LiNiMnCoO2 (litium nikel mangan) mampu terbang selama 2.5 jam dengan sekali cas penuh tanpa perlu menanggalkan bateri daripada motor, manakala masa penerbangan dapat bertahan hingga 40 minit dalam mod dron. Ramai mendakwa fizikal Hoverbike S3 agak berbahaya kepada penunggang dan orang awam, tetapi Pegawai Maklumat Polis Dubai, Khalid N Alrazooqi berkata, versi akhir motor terbang itu akan didatangkan dengan bilah kipas berserta cincin di sekeliling.

Jika berminat dengan Hoverbike S (2019), anda boleh memilikinya pada harga AS$150,000 (RM63,0510). Polis kita minat tak?

SUMBER: MCN

Be the first to comment on "Polis Dubai Berlatih Bawa Motor Terbang, Bakal Jadi Kenderaan Peninjau 2020"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*