Masih Jadi Nelayan Di Usia 104 Tahun, Kisah Warga Emas Ini Tular & Dapat Perhatian Netizen

Pada hari ini, setiap insan tanpa mengenal usia sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup. Kesusahan serta kepayahan hidup yang dialami mungkin membuatkan sesetengah daripada mereka ini masih mengerah keringat dan berhempas-pulas demi mencari rezeki dan sumber pendapatan harian.

Begitulah juga yang dilalui seorang nenek yang berusia lebih dari 100 tahun ini apabila dia dilihat masih bertungkus-lumus bekerja sehingga ke hari ini.

Berumur 104 tahun

Kisah tersebut telah dikongsikan seorang pengguna Twitter, amriothmann baru-baru ini. Menurut pemuda ini, nenek tersebut sudah berusia 104 tahun dan masih melakukan aktiviti nelayan di Pulau Tuba yang terletak di Langkawi.

Dia seterusnya berharap agar ada pihak tertentu yang dapat memberi perhatian serta memberikan pertolongan kepada warga emas tersebut untuk kelangsungan hidupnya.

Jual belacan

Menjengah ke ruangan komen, seorang individu berkata wanita warga emas tersebut dikenali sebagai Tokwan dan dia sebenarnya membuat belacan sendiri untuk dijual.

Menurutnya, wanita yang sudah berusia lanjut itu sering ke laut untuk menangkap udang bagi tujuan membuat belacan yang sedang diusahakannya itu.

Netizen terharu

Kesungguhan yang ditonjolkan wanita itu ternyata telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terharu dengan perkara tersebut.

Malah, mereka juga turut kagum dengan kudrat serta tenaga yang masih ada pada nenek itu lebih-lebih lagi tatkala usianya yang sudah melebihi paras 100 tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Twitter amriothmann via OHBULAN

Be the first to comment on "Masih Jadi Nelayan Di Usia 104 Tahun, Kisah Warga Emas Ini Tular & Dapat Perhatian Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*