Kalau tak dapat, saya sanggup tunggu 10 tahun lagi untuk PGL

KUALA LUMPUR: Kali pertama dipentaskan di Istana Budaya (IB), kira-kira 13 tahun lalu, siapa boleh menafikan kehebatan teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) yang memberi anjakan baharu dalam seni persembahan di Malaysia.

Tidak hairanlah, apabila Puan Sri Tiara Jacquelina mengumumkan mahu mencari pendukung watak, ramai artis tempatan termasuk pelakon teater dan penari, teruja mencuba nasib.

Antara yang menyahut cabaran Puteri Gunung Ledang Muzikal (PGLM) adalah pelakon, Zul Huzaimy Marzuki, 41, yang mengesahkan menghadiri sesi uji bakat projek mega itu.

Tanpa berselindung, Zul Huzaimy mengaku teringin melakonkan watak Sultan Melaka, Sultan Mahmud dalam teater muzikal itu.

Namun, selesai uji bakat, pelakon itu menerima mesej melalui WhatsApp yang meminta dia menghadiri bengkel yang akan dianjurkan produksi PGLM selama tiga hari, mulai semalam.

“Saya terima ucapan tahniah dan meminta saya datang ke bengkel. Malangnya, saya ter1kat dengan jadual penggambaran.

“Saya menyimpan harapan besar untuk membawa watak Sultan Mahmud kerana saya ingin terbabit dalam produksi mega seperti PGLM.

“Saya tidak tahu apa keputusannya daripada sesi uji bakat yang dihadiri. Namun, untuk menyertai bengkel, saya tidak mampu kerana ter1kat dengan penggambaran drama bersiri Suri Katriana yang berakhir, Jumaat ini,” katanya.

Bagaimanapun, Zul Huzaimy berkata, nilai sebuah pementasan teater bagi dirinya, bukan diukur daripada kecil atau besarnya projek.

“Bagi saya, nilai sesebuah teater bukan diukur daripada kecil atau besar saiznya. Jika skala teater itu kecil, namun, karyanya bagus, ia akan nampak hebat sepanjang zaman,” katanya sambil memberi contoh karya bermutu yang pernah dihasilkan Namron.

Zul Huzaimy berkata, andai gagaI terpilih sebagai antara pendukung watak dalam PGLM, dia sanggup menunggu sehingga 10 tahun lagi.

“Saya teringin bekerja di bawah produksi Enfiniti Production kerana kerja mereka bertaraf antarabangsa. Rasanya, tiada produksi teater tempatan yang mampu menandingi mereka,’ katanya.

Bercerita mengenai sesi uji bakat PGLM yang dihadirinya, Zul Huzaimy berkata, Tiara melayangkan mesej kepadanya sebelum bertemu.

“Saya beritahu Tiara kesungguhan saya untuk bersama kru PGLM. Jadi, beliau meminta saya datang ke sesi uji bakat yang dikendalikannya sendiri.

“Ketika itu, saya memberi sehabis baik kerana terlalu ingin melakonkan watak Sultan Mahmud,” katanya sambil mengaku sanggup menoIak watak lain jika ditawarkan Enfiniti Productions menyertai PGLM.

PGLM diangkat daripada filem epik PGL arahan Saw Teong Hin yang ditayangkan pada 2004. Versi muzikal PGL kali pertama dipentaskan di IB pada Februari 2006.

Teater muzikal ini diterajui Tiara sebagai Puteri Gunung Ledang; Adlin Aman Ramlie (Sultan Mahmud); Stephen Rahman-Hughes (Hang Tuah) dan Datuk AC Mizal (Raja Majapahit).

Pada Anugerah Seni Boh Cameronian 2006, PGLM memenangi kategori Pengarah Terbaik, Rekaan Pencahayaan Terbaik, Rekaan Muzik dan Bunyi Terbaik, Reka Bentuk Kostum Terbaik dan Skrip Asal Terbaik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : BH

Be the first to comment on "Kalau tak dapat, saya sanggup tunggu 10 tahun lagi untuk PGL"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*