Ernie Zakri & keluarga akan berangkat ke Mekah

Penyanyi popular, Ernie Zakri menerusi Instagram miliknya berkongsikan beberapa keping foto. Namun begitu, apa yang menjadi perhatian apabila Ernie Zakri mendedahkan akan berangkat ke Mekah pada hari ini.

Ernie Zakri menerusi posting mengatakan dia berangkat ke tanah suci bersama keluarga. Bagaimanapun, dia juga mahu meminta maaf seandainya pernah melukakan hati sesiapa.

Assalamualaikum. Ernie sekeluarga akan berangkat ke Mekah hari ini. Ernie ingin mohon maaf seandainya pernah melukakan hati sesiapa secara sengaja atau tidak sengaja. Doa Ernie agar anda semua dapat dijemput kesana satu hari nanti. InshaAllah. Sayang semua” tulisnya.

Dalam pada itu, peminatnya dan rakan selebriti terkenal tanah air turut mendoakan dirinya bersama keluarga dipermudahkan urusan disana.

Sumber: Ernie Zakri via HCL

Be the first to comment on "Ernie Zakri & keluarga akan berangkat ke Mekah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*