‘Isteriku, pengurusku’

KUALA LUMPUR: Selepas lapan tahun menduda, penyanyi, Dr Fitri Haris, mendedahkan sudah mendirikan rumah tangga dengan pengurus sendiri, Fazilah Omar.

Bagaimanapun, juara program realiti Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua itu enggan berkongsi tarikh dan lokasi majlis pernikahan mereka.

“Cukuplah jika orang ramai tahu kami sudah bernikah, baru-baru ini, dalam sebuah majlis tertutup. Tidak perlulah kami kongsi tempat dan tarikhnya,” katanya pada sebuah majlis bersama teman rapat dan wakil media, di sini.

“Selama ini, saya memang tidak menyimpan sebarang perasaan terhadapnya kerana hubungan kami adalah atas paksi kerja. Masing-masing bersikap profesional. Malah, saya sudah menganggapnya seperti keluarga sendiri.

“Namun, semua ini aturan Tuhan. Selepas mengadakan solat istikharah, kira-kira tiga bulan lalu, saya nampak wajah isteri. Jadi, pada awalnya berasa kekok juga kerana selama ini tiada apa-apa perasaan terjalin antara kami. Kini ia menjadi sebaliknya.

“Ia juga tidak ubah seperti tajuk cerita… Isteriku pengurusku,” katanya yang akan berbulan madu di Bandung, Indonesia, dalam masa terdekat.

Fitri mempunyai anak perempuan berusia 15 tahun hasil perkahwinannya yang lalu, manakala Fazilah pula empat tahun bergelar ibu tunggal kepada anak lelaki berusia sembilan tahun.

Apa Pendapat Anda?Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Shell Ya. Terima Kasih Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Siakap Keli Press.

Be the first to comment on "‘Isteriku, pengurusku’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*