“Zimi Keluar ATM Bukan Sebab Campur Tangan Stacy” – Akim Ahmad

Penyanyi dan anggota kumpulan Akim & The Majistret (ATM), Akim Ahmad menafikan terlibat campur tangan isterinya, Stacy Anam dalam isu pengunduran Zimi bulan lalu.

Jelas Akim, Stacy tidak pernah mengambil kisah tentang perjalanan ATM dan setiap keputusan melalui proses perbincangan sesama ahli.

“Tiada campur tangan Stacy pun dalam isu ini, dia sendiri pun tak ambil kisah pasal ATM.

“Kebanyakan keputusan ATM diputuskan bersama melalui perbincangan dengan ahli. Itu adalah perjalanan ATM bukannya Stacy,” kata Akim.

Malah, tambah Akim isu wujudnya syarikat persendiriannya bersama Stacy, Rhythym & Rhyme Entertainment tidak menjadi isu kepada tercetuskan kemelut terbabit.

“Sejak dari Lagu Untuk Laila lagi kami terbuka untuk berkolaborasi dengan label lain seperti Universal Music dan Nova Music.

“Jadi, tiada isu penubuhan syarikat saya bersama Stacy pun sebab itu adalah masalah individual,” tambahnya.

Pemain gitar kumpulan tersebut Zimi mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada ATM atas masalah yang tidak dapat didedahkan kepada umum.

Menjelaskan tentang perkara tersebut kata Akim dia menghormati keputusan Zimi dan enggan mendedahkan secara terperinci punca sebenar situasi tersebut.

“Saya tak jangka akan jadi begini sebab kalau boleh saya nak kekalkan semua ahli ATM tapi apakan daya kita manusia biasa.

“Mesti ada persel1sihan faham dan ini jalan kebahagiaan terbaik untuk kami kedua-dua belah pihak. Ini perpisahan secara rela,” katanya.

Selepas pengunduran Zimi, ATM kini terdiri daripada lima ahli iaitu Freddy, Faiz Azizi, Arlis Faoq, Safwan Hassan dan Akim sendiri.

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Zimi Keluar ATM Bukan Sebab Campur Tangan Stacy” – Akim Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*