Penuh Kejutan… Gadis Ini Hampir Menangis Lepas Terima Hadiah Jam Tangan Dari Naim Daniel

Penyanyi muda, Naim Daniel membuat kejutan apabila menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang peminat setianya.

Hadiah tersebut diberikan ketika Naim mengadakan persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah, baru-baru ini

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I just hope my death makes more cents than my life.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

 

Momen berharga itu dikongsi oleh penyanyi tersebut menerusi satu posting di Instagramnya.

“Kali pertama sampai ke UiTM Merbok dan sebelum sampai sini saya dapat banyak mesej dari rakan gadis ini mengatakan dia adalah peminat setia saya.

“Jadi saya panggil dia ke depan pentas untuk beri satu kejutan. Saya beri dia hadiah iaitu jam tangan kegemaran saya.

“Harap awak suka ya,” katanya.

Tambah Naim, sambutan peminat di UiTM Merbok juga sangat luar biasa.

“Terima kasih kerana menunggu Naim,” katanya.

Menerusi video itu, gadis yang menerima hadiah tersebut dilihat hampir mengalirkan air mata.

Wajah sebaknya jelas kelihatan apabila menerima kejutan dari penyanyi yang kini popular dengan lagu Adakah Engkau Menungguku.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen dan peminat menyifatkan pelajar tersebut sebagai bertuah.

Tidak kurang juga yang memuji layanan baik Naim kepada peminatnya.

Anda boleh lihat video tersebut di bawah:

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Penuh Kejutan… Gadis Ini Hampir Menangis Lepas Terima Hadiah Jam Tangan Dari Naim Daniel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*