“Menerima Hakikat Sekiranya Perhubungan Atau Percintaan Itu Gag4l Di Tengah Jalan…” – Erra Fazira

Baru-baru ini, primadona Erra Fazira telah melancarkan lagu single terbarunya berjudul Menangkah Cinta.

 

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek ada berkongsi kisah di sebalik lagu terbarunya itu.

Menerusi rakaman video tersebut, penyanyi yang terkenal dengan lagu Jendela Hati itu ada memberi nasihat kepada kaum wanita yang sering mengalami keg4galan dalam perhubungan atau percintaan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah.. . Terima kasih semua diatas sokongan kalian.. Saya hanya melaksanakan., selebihnya rezeki milik Dia.. . Terimalah bingkisan yang tidak seberapa ini dari team MENANGKAH CINTA.. 🥰 . #Repost @bersamaerra with @get_repost ・・・ Alhamdulilah dgn satu malam saja view dah bertambah 5.4k jom fmily #bersamaerra sapa blm tgk lagi.. cepat2 pegi ke Youtube Kesayangan @errafazira #errafaziravevo #Repost @mindorder with @get_repost ・・・ Malam ni guys! Jom semua tonton MV single terbaru primadona negara @errafazira ni di YouTube channel Erra Fazira VEVO. Link ada di IG story . Jom dengarkan single terbaru daripada bintang kesayangan kami @errafazira berjudul #MenangkahCinta ciptaan komposer Hafiz Hamidun & lirik oleh Iman Imran sekarang di semua platform digital. Enjoy guys! ❤️❤️❤️ . 📽: @neonpixelofficial . 👗 : @ameliahassanfd . #MindOrder #MindOrderManagement #ErraFazira #ErraFaziraxMindOrder #NewSingle

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

“Perasaan bila sesuatu harapan tu tidak kesampaian, janji tidak ditunaikan dan putus di tengah jalan. Ada satu ketika tu saya terpaksa berhenti sekejap bertenang untuk nak cool down.

“Saya nak mengajak kepada semua pendengar wanita khususnya menerima hakikat sekiranya perhubungan atau percintaan itu g4gal di tengah jalan. Ia bukan satu pengakhiran hidup.

 

“Kita kena bangkit malah kita kena doakan pasangan kita yang mungkin sedang berbahagia untuk terus berbahagia dan kita ada perancangan yang lebih baik InsyaAllah,” luah Erra.

Di samping itu, rata-rata peminat bersetuju dengan kata nasihat yang disampaikan penyanyi berusia 45 tahun itu.

Terdahulu, Erra pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Yusry Abd Halim pada 15 Jun 2003 dan telah berpisah 26 April 2006.

Selepas itu, Erra berkahwin bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Oktober 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Engku Aleesya.

Bagaimanapun, mereka telah bercer4i pada 17 Februari 2014.

Video: YouTube Sony Music

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "“Menerima Hakikat Sekiranya Perhubungan Atau Percintaan Itu Gag4l Di Tengah Jalan…” – Erra Fazira"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*