“Masih Pertimbang Tindakan Susulan” – Rita Rudaini

Pelakon, Rita Rudaini Mokhtar masih mempertimbang sama ada mahu meneruskan tindakan undang-undang atau sebaliknya terhadap dua individu yang mempertikai status kedua-dua anaknya di laman sosial, baru-baru ini.

Rita berkata, dia akan mendapatkan nasihat peguamnya, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan mengenai perkara itu.

Katanya, komen keterlaluan mereka itu menjatuhkan maruahnya sebagai ibu dan wanita, selain mahu mempertahankan nama baik kedua-dua anaknya.

“Mereka sudah hadir bersemuka seperti yang saya mahukan dan menerusi rakaman percakapan, kedua-dua individu itu mengakui kesilapan menulis komen sedemikian di akaun Instagram serta Facebook saya.

“Saya berharap permohonan maaf yang dibuat itu ikhlas dan mereka tidak mengulanginya lagi. Biarlah perkara ini menjadi pengajaran kepada semua,” katanya.

Dua individu yang tampil memohon maaf itu ialah Ahmad Najib Mat Arif, 38, yang juga pengguna akaun Instagram, @ahmadsan81 dan Hafiidz Ahmad Mustaffa, 39.

Kedua-dua lelaki itu hadir dan bersemuka dengan Rita di Balai Polis Mutiara Damansara, di sini, malam ini.

Kedua-dua individu terbabit sebelum ini diberi masa 14 hari untuk bersemuka dengannya atau berdepan tindakan undang-undang.

Rita membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara, di sini, pada 21 Oktober lalu. Dia menyifatkan fitn4h yang dilemp4rkan melamp4u, berniat j4hat, mengaibkan dan menjatuhkan maruah dirinya serta anak-anak.

Sumber & Foto: BH Online

Be the first to comment on "“Masih Pertimbang Tindakan Susulan” – Rita Rudaini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*