“Jangan Pakai Tudung Kerana Nak Berfesyen, Atau Untuk Jual Tudung. Itu Bukan Cara Yang Betul,” – Azharina

Meluahkan pandangan mengenai isu hijab, jelas Azharina menerusi Instagram Nona seperti yang dipetik menjelaskan, usah sesekali mengenakan hijab kerana dip4ksa suami atau hal lain, kerana itu bukan cara yang sepatutnya.

Malah tegas penyanyi Elergi Sepi ini, meski menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk mengenakan hijab, namun jika tidak bersedia, kelak akan menyesal.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Asalamualaikum .. apa kabar awak harine ?

A post shared by Azharina Azhar (@azharina_a) on

“Jangan pakai tudung kerana suami p4ksa. Jangan pakai tudung kerana nak berfesyen, ataupun untuk menjual tudung. Itu bukan cara yang sebetulnya.

“Untuk saya, kamu harus bersedia. Walaupun ia menjadi kewajipan untuk memakai hijab sebagai orang Islam, tetapi jika kamu tidak bersedia dan seandainya sesuatu berlaku di kemudian hari, dan kamu menyesal. Jadi ia tidak bermakna.

“Buat untuk diri sendiri, bukan orang lain. Kerana saya nampak ramai ibu-ibu di luar sana, apabila memakai tudung kerana orang lain, kerana cinta, kerana menjual tudung, hati seperti tidak bersedia,” jelasnya.

 

Azhrina sebelum ini turut mengambil keputusan menutup kepalanya dan berdoa agar terus istiqamah menutup aurat.

Foto : Instagram Majalah Nona

Sumber : Media Hiburan

Be the first to comment on "“Jangan Pakai Tudung Kerana Nak Berfesyen, Atau Untuk Jual Tudung. Itu Bukan Cara Yang Betul,” – Azharina"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*