“Berkongsi Momen Indah Bersama, Saya Rindukan Awak” – Sayu Coretan Bekas Teman Lelaki Sulli

Anggota kumpulan Dynamic Duo, Choiza menulis coretan menyentuh hati selepas kematian bekas kekasihnya, Sulli.

Coretan menyentuh hati itu ditulis Choiza menerusi posting terbaru di akaun Instagram (IG) hari ini.

“Kami berkongsi kenangan paling indah dalam kehidupan kita bersama. Dengan penuh rasa kesedihan, saya terpaksa melepaskan awak pergi sekarang.

“Namun saya tidak akan melupakan sebaliknya menghargai momen terindah yang ada bersama saya sehingga tiba hari saya menutup mata selamanya.

“Saya sangat-sangat rindukan awak,” tulisnya.

Terdahulu, Sulli dan Choiza pernah menjalinkan hubungan cinta pada Ogos 2014.

Hubungan cinta pasangan ini bertahan lebih dua tahun sebelum Sulli dan Choiza mengambil keputusan untuk berpisah pada Mac 2017.

Selain itu, Choiza juga turut menerima tempias apabila netizen mula memberikan komen-komen bladap di IG miliknya dan menyalahkan penyanyi rap itu terhadap kem@tian Sulli.

Disebabkan perkara itu juga Choiza mengambil tindakan menutup ruangan komen di posting IGnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Berkongsi Momen Indah Bersama, Saya Rindukan Awak” – Sayu Coretan Bekas Teman Lelaki Sulli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*