“Adik Ni, U So Lit” – Netizen Terhibur Tonton Gelagat Adik Ini!

Gelagat anak-anak yang kecil comel sememangnya mampu membuatkan sesetengah orang terhibur. Lagak bersahaja dengan raut wajah tidak bersalah menjadikan perbuatan mereka ‘hiburan’.

Baru-baru ini tular di sosial media dengan satu rakaman seorang kanak-kanak yang berdiri di sebelah seorang wanita yang dipercayai ibunya.

Video tular

Video yang hanya berdurasi 11 saat itu memaparkan rakaman yang dilakukan dari dalam kereta. Di luar kereta si perakam kelihatan seorang kanak-kanak berambut panjang dan berbaju merah jambu.

Apa yang membuatkan si perakam terbahak apabila kanak-kanak itu berjalan di depan kereta tersebut dan melibas rambutnya.

Korang tonton gelagat anak kecil ini dalam rakaman yang tular itu:

Memang ‘diva’ dan yakin betul lagaknya anak kecil ini. Namun tidak diketahui apakah sebabnya dia melakukan perbuatan itu.

Raih perhatian ramai

Rakaman tersebut meraih 919,000 tontonan dan 55,500 retweets serta 67,400 likes.

Rata-rata netizen meluahkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Tonton lebih 3 kali. Masih LOL. Hahahah AA sangat kauuu”

“Unexpected that! Hahahah”

“Hahhaha! Takpe yang penting confident”

“Adikkk, u so lit!”

Sumber : Diyanahnatasyaa via HCL

Be the first to comment on "“Adik Ni, U So Lit” – Netizen Terhibur Tonton Gelagat Adik Ini!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*