“Orang Rumah Aku Ada Anxiety… Keluarga Aku Jangan Usik” – Shuib Sepahtu B3ngang Siti Sarah Diej3k

Hanya dengan menegur “Hi Twitter! I’m here” tidak pasal-pasal Siti Sarah Raisuddin diejek segelintir warga Twitter sebagai isteri kepada fenomena Ysuku.

‘Serangan’ tersebut membuatkan Siti Sarah berasa sedih dan tidak faham dengan perangai segelintir warga Twitter.

“Astagfirlahhalazim. Baru bukak Twitter dapat serangan yang macam ni? Dia orang ni tak faham ke I ada anxiety?

“Sedih kadang segelintir orang yang macam ni yang nak serang isteri, anak orang. Takpalah saya doakan agar korang berdua dimurahkan rezeki supaya apa segala hajat korang dapat beli Insyallah.

“Saya doakan juga moga korang diberi kebahagiaan supaya senang dengan kebahagiaan orang lain, dibukakan pintu rahmat buat kalian sekeluarga amin amin amin ya robbal alamin,” tulis Siti Sarah pada entri di Instagramnya.

 

 

Melihatkan entri Instagram isterinya, Shuib Sepahtu tidak berdiam diri dan memuat naik kembali entri tersebut di Instagram miliknya.

“Sudah-sudah lah kot isu ‘Fenomena’ ni, nak dijadikan bahan ejekan ke atau macamana bro?

“Orang rumah aku @sitisarahraissuddin ni ade anxiety, jadi rasanya tak perlu kaitkan dia kot eh,” tulis Shuib sambil meletakkan hashtag #keluargaakujanganusik

Ramai netizen yang meninggalkan komen agar Shuib bersabar, termasuklah pelakon kacak Remy Ishak.

“Kau nak aku hentak budak-budak ni ke Sudin? Sabar ye din. Nanti aku dengan Pak Imam pegi kutip budak-budak ni. Kau relax je,” komen Remy dalam nada bergurau.

 

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkahwin dengan Siti Sarah Raisuddin pada Februari 2011 dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

 

Sumber  : Gempak

Be the first to comment on "“Orang Rumah Aku Ada Anxiety… Keluarga Aku Jangan Usik” – Shuib Sepahtu B3ngang Siti Sarah Diej3k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*