“Kawan Sebelah Tegur Pun Saya Buat Somb0ng Sebab…” – Rita Rudaini

Aktres jelita, Rita Rudaini memuji kualiti dan barisan pelakon yang membintangi filem Suatu Ketika arahan Prakash Murugiah.

Menurut Rita, dia menyukai hasil lakonan barisan pelakon yang berbakat dalam filem tersebut.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

“Dengan para pelakon yang tak perlu ramai follower di Instagram, tak perlu muka bersepah jadi cover majalah sana sini, tak perlu kena tunjuk muka kat event sana sini untuk popular, tapi hasil mereka hebat.

“Inilah pelakon, berlakon jujur dari hati, saya terkesima, duduk diam dalam panggung, kawan sebelah tegur pun saya buat somb0ng malas nak cakap sebab tak boleh terlepas satu shot or satu scene pun,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Rita turut terkesima dengan sinemat0grafi filem terbabit, dia juga meminta kebanyakan pihak produksi untuk tidak hanya memilih pelakon yang popular di media sosial dan berwajah komersial sahaja.

“Mata terpesona tengok sinemat0grafi, mata terpaku tengok lenggok semua cast, korang ni dari mana? Kenapa korang takda pun dalam drama-drama di tv? mana korang sembunyi? Or producer memang taknak korang sebab muka tak komersial?

“Kesian stesen TV, kesian produser, inilah pelakon sebenar yang korang kena buka mata,” tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan bersetuju dengan pendapat Rita.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dgn para pelakon yg xperlu RAMAI FOLLOWER INSTAGRAM,xperlu muka bersepah JADI COVER MAJALAH sana sini,xperlu kena tunjuk muka kt event sana sini utk POPULAR….tp HASIL mereka HEBAT…inilah PELAKON…berlakon JUJUR dr HATI…sisturr terkesima ,duduk diam dlm panggung,kwn sebelah tegur pon sisturr buat sombong mls nk ckp….sbb sisturr xbole terlepas satu shot or satu scene pon..mata terpesona tgk cinematography..mata terpaku tgk lenggok smua cast…KORANG NI DARI MANA??? Nape korang xde pon dlm drama2 di tv?? Mana korg sembunyi?? Or tv mmg xnak korg sbb XDE FOLLOWER? Or producer mmg xnak korang sbb muka tak commercial?? kesian stesen tv,kesian producer..ni lah PELAKON sbnar yg korg kena bukak mata…jgn asyik hidangkan masyarakat dgn PUPPET..kami nk tgk PELAKON mcm ni kt tv,bwk watak dgn JUJUR DR HATI..bukan BELAKON CURI2… haishhhh!! Tp SISTURR MMG TABIK TUNDUK KT SMUA PELAKON,PENGARAH N KRU YG TERLIBAT DLM FILM NI!! HEBAT XTAU NK KATA LAGU MANA….dr pelakon kanak2 sampai ke org tua,pelakon extra..depa smua mmg PELAKON SEBENAR! #satuketika

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on

Sedikit info mengenai Rita, pelakon kelahiran Perlis ini mulai aktif di industri hiburan pada sekitar tahun 1998 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Kawan Sebelah Tegur Pun Saya Buat Somb0ng Sebab…” – Rita Rudaini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*