“Jangan ingat semua keje gomen ni gaji besor”- Kisah Sayu 3 Orang Prebet Askar Dan Nasi Lemak R&R

Sebelum ini ada pihak yang mempersoalkan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia terutama sekali askar yang dikatakan hanya ‘makan gaji but4’, ‘makan dan tido’ dan banyak lagi.

Mungkin persepsi tersebut boleh dibuang jauh-jauh lepas korang baca kisah yang dikongsikan lelaki di facebook ni mengenai 3 orang prebet askar dan nasi lemak.

“Nak makan nasi lemak, bila buka dompet rupanya kosong…”

BAYARLAH WEI ‼️ 😡🤬

Kisahnya abe singgah di R&R Sg Perak nak berenti solat & makan..

jadi duk melilau nak cari makan..anak nak makan nasi lemak.. jadi amik nasi lemak
bungkus dan nak bayar..

disinilah cerita ni berlaku..

ada 3 orang askar prebet duk pilih lauk, jadi akak tu mintak abe tunggu sekejap sebab nak setelkan askar ni pilih lauk..

agak lama askar ni memilih lauk.. jadi abe perhati je diorang ni.. last-last sorang amik lauk ayam goreng seketul, sorang lagi ayam merah seketul..yang sorang lagi tak jadi kot..

jadi kawan ni nak bayar & cakap kat kawan prebet yang cakap kene bayar dulu sebelum makan. Jadi kawan ni keluarkan dompet betul depan abe..

Ya Allah.. 😭 abe tenguk.. dompet kosong.. dia bukak belah celah kad2 tu ada rm20 yang dilipat kemas.. biasanya duit lipat ni duit emergency.. abe rasa sedih giler tengok perwira negara macam tu..

jadi abe cakap, xpe kak diorang ni saya bayar sekali..

terkejut 2 abang askar tu sambil terkedu.. maybe jarang orang buat begitu.. last2 dia kata terima kasih & salam abe.. abe pun bayar & berlalu ke meja dengan agak sedih & pedih..

jika mereka nak makan pun payah macam tu, bagaimana pula anak isteri mereka.. Semoga Allah permudahkan & limpahkan rezeki kepada semua pejuang negara..

Allahu, sedih admin bila baca perkongsian brader ni. Iyelah tak semua orang ni hidup senang, kadang-kadang terpaksa tunjuk senang depan anak isteri supaya dorang tak risau.

Rata-rata netizen pun setuju yang tak semua kerja goverment tu hidup senang, malah ramai juga isteri askar yang berkongsi pengalaman mereka.

“Aku pernah merasa pahit maung jd isteri tentera… Hanya yg melalui jer yg akan fhm…”

Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah swt.

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Jangan ingat semua keje gomen ni gaji besor”- Kisah Sayu 3 Orang Prebet Askar Dan Nasi Lemak R&R"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*