“Dari awal lagi sudah disusun,” Balv teruskan ‘legasi’ Mejar Mohd Zahir

Pemergian yang tidak dijangka, kini sudah tiada, namun semangat serta rancangan kehidupan yang disusun bersama sebelum ini masih mekar dan akan tetap diteruskan.

Itu tekad baIu Pegawai Komando 11 Rejimen Gerak Khas, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya yang kini sendirian mengemudi kehidupan sendirian bersama anaknya termasuk bayi, Izzul Zakly berusia enam bulan.

Pasangan itu turut mempunyai empat lagi anak, Muhammad Irfan Daniel, 10, Muhammad Abel Zulkarnain, 9; Muhammad Remy Iskandar, 8; dan Nur Adriana, 6.

Nour Shafinar Harun, 31, berkata, tidak akan mengabaikan rancangan yang diatur dengan arwwah kerana itu juga cara untuknya meneruskan kelangsungan hidup bersama

Dia yang sebelum ini berkhidmat di 12 Kompeni Khor Polis Tentera Diraja (KPTD), Kem Genting Klang, Kuala Lumpur, sepatutnya berpindah ke Ipoh, Perak pada November dan menguruskan perniagaan rekaan baju-T yang jadi legasi arwwah.

“Rancangan ini dimuktamadkan beberapa hari sebelum arwwah berlepas ke Sabah (pada 26 Ogos). Sebelum itu kami memang ada merancang untuk menetap sama ada di Melaka, Kuala Lumpur atau Perak.

“Persediaan juga sudah dibuat terutama selepas saya berhenti kerja sejak Jun lalu untuk memberi tumpuan sebagai suri rumah dan perniagaan kami.

“Kemudian arwwah berkata sebelum dia pergi ke Sabah ‘umi muktamad, kita duduk Perak, kita balik Perak’ dan saya beritahu jika begitu, saya akan cari rumah dekat kawasan Batu Gajah.

“Sebabnya jika dia dapat bertukar ke Perak, kemungkinan dia bertugas di kem di Batu Gajah, tetapi arwwah cakap jangan cari rumah di situ sebaliknya cari dekat dengan rumah mak saya (di Ipoh),” katanya yang ditemui di kediaman ibunya di Taman Perpaduan Ulu Kinta, Ipoh, hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "“Dari awal lagi sudah disusun,” Balv teruskan ‘legasi’ Mejar Mohd Zahir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*