“ALLAHU… Saya terpaksa share sebab nak merayu kepada semua doakan keselamatan kedua-duanya”, – Norman Hakim

Aktor Norman Hakim mengesahkan, pelakon Abby Abadi bakal menjalani pembed4han untuk melahirkan bayi yang dikandung selepas mengalami ‘turun dar4h’.

Norman berkata dia terpaksa berkongsi berita tersebut kerana mahu memohon doa dari semua pihak agar segala urusan Abby yang sedang bersalin enam bulan dipermudahkan, serta bayi dan ibu selamat.

“Mummy (Memey Suhaiza) bagitahu baru dapat call dari Abah @jaiezzany (suami Abby Abadi), beritahu yang Mama @abby_abadi112 turun darah.

“Kemungkinan besar kena operate untuk selamatkan nyawa dua-dua (ibu dan bayi)

“ALLAHU… Saya terpaksa share sebab saya nak merayu kepada semua mohon doakan keselamatan kedua-duanya, mama dan baby dalam kandungan.

“Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan & kesembuhan buat Arbaieyah Binti Abdul Manan & zuriat di dalam kandungannya Ya Allah ,Kau ampunkanlah segala dosa-dosanya, Kau pertimbangankanlah segala kebaikannya, kami memohon agar dipermudahkan segalanya buat insan sebaik beliau, kami memohon & merayu kepada-Mu Ya Allah, tolong Ya Allah Aamiin Ya Rabb,” tulisnya.

 

Norman berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang bimbang dengan keadaan Abby serta mendoakan agar semuanya selamat dan dipermudahkan.

Selain itu, suami kepada Abby Abadi juga turut berkongsi di laman instagramnya mengenai keadaan isterinya yang dikatakan mengalami tekanan darah yang tidak stabil dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat namun Abby tetap mengerjakan suruhanNya walau dalam jua keadaan.

 

 

Terdahulu, Abby yang hamil enam bulan itu dimasukkan ke hospital selepas mengalami tekanan darah tinggi yang berbahaya.

Pada tahun 2017, Abby pernah mengalami kegugvran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @siakap keli

 

Sumber : Instagram normanhakim/jaiezzany via gempak

Be the first to comment on "“ALLAHU… Saya terpaksa share sebab nak merayu kepada semua doakan keselamatan kedua-duanya”, – Norman Hakim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*