Rebah di KL Sentral Adik Jamal Abdillah mninggal Dunia. Anak Saudara Dedah Punca Kemtiaan.

ADIK kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah iaitu Ahmad Tihami Ali atau lebih dikenali dengan nama panggilan Hamka men1nggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 7.30 malam, Selasa.

Anak saudaranya yang juga anak kepada Jamal iaitu Osama Yamani berkata, Allahyarham mengalami masalah jantung dan menjalani pembedahan pemintasan jantung pada Jumaat lalu. Sebelum itu, Allahyrham rebah di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) dua hari sebelum Ramadan dan mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu.

“Arwh men1nggal kerana skit jantung, dia baru sahaja menjalani pembedahan pintasan jantung pada Jumaat lalu.

“Sebelum ini Uncle Hamka memang ada masalah jantung dan dua hari sebelum Ramadan dia jatuh pengsan di KL Sentral,” katanya kepada mStar.

Ahmad Tihami, 48, merupakan anak keenam daripada tujuh adik-beradik. Arwh juga merupakan seorang pendakwah tabligh dan tidak pernah terbabit dengan sebarang aktiviti seni.

Allahyarham men1nggalkan seorang isteri Nazirah Abdul Rahim dan enam orang anak. Jen4zh Allahyrham akan dikebumikan di kampung halaman di Kulim, Kedah pada pagi Rabu

artikel berkaitan: Jamal Abdillah akui silap diri gagal dalam 3 perkahwinan, kini bahagia dengan Izzati

TIGA kali gagal dalam perkahwinan tidak pernah membuatkan penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah menutup hatinya untuk kembali berumah tangga dan mengecapi kebahagiaan.

Pada usianya 58 tahun, hero filem ‘Azura’ ini kembali memegang status sebagai suami apabila berkahwin dengan wanita pilihannya, Datin Zai Izzati Khiruddin pada 1 April 2017. Jarak usia 35 tahun tidak menjadi penghalang buat Jamal dan Izzati menyulam cinta, namun kata penyanyi lagu Seniman Menangis ini pada awalnya perkahwinan mereka bukan mudah.

Jelas Jamal, usianya yang lebih tua daripada isteri membuatkan dia sedikit sebanyak berasa janggal kerana sedar cara ‘old school’ mungkin tidak lagi sesuai dalam memikat hati Izzati.

“Pada awalnya saya akui memang sukar sebab jarak usia kami yang agak besar sehinggakan ada rasa janggal untuk enam bulan pertama kami berkahwin.

Jamal memberitahu pada awalnya berasa kekok berkahwin dengan wanita jauh lebih muda daripadanya.

“Tetapi apabila difikirkan kembali usia itu hanya angka. Paling penting bagaimana kami sebagai suami-isteri menjayakan masjid yang dibina.

“Alhamdulillah lama-kelamaan rasa janggal itu hilang dengan sendiri kerana daripada tiga kegagalan perkahwinan sebelum ini banyak mengajar saya untuk lebih bijak mengemudi rumah tangga kami.

“Apa paling penting, kita saling menghormati tidak kira isteri kita itu masih muda atau sebaliknya,” kata beliau kepada mStar Online.

Jamal pernah berkahwin dengan Basirah Abdul Latiff pada 1988 namun mereka bercerai pada 1996. Penat menghiburkan hati orang tetapi hati saya sendiri sering berasa sunyi dan sepi. Datuk Jamal Abdillah- Penyanyi

Penyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir ini kemudiannya bertemu jodoh dengan Noraina Mohd Yusof pada 2001 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Osama Yamani yang kini berusia 18 tahun. Selepas bercerai dengan Noraina, Jamal kemudiannya berkahwin pula dengan Fatimatuzahrah Samad pada 2006 namun bercerai pada 2009.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Zaki Yamani, 12 tahun. Hiburkan hati orang, hati sendiri kosong

Bercakap lanjut mengenai isterinya, Jamal berkata, Izzati adalah seorang isteri yang memahami dirinya selain menyifatkan kehadiran wanita itu memberi ketenangan kepadanya sejak sekian lama menduda.

“Banyak Kali Kegugguran, Isteri Kena Buatan Org”.Sudah beberapa kali kegugguran sebelum ini, Datuk Jamal Abdillah mendedahkan isterinya Zai Izzati Khiruddin sukar hamil kerana terkena buatan org.

Jamal memberitahu individu tidak bertanggungjawab itu mungkin mahu menghantar ilmu hiitam kepadanya tetapi isterinya yang terkena tempias. Kata Jamal lagi, keadaan isterinya sekarang semakin kurus.

“Kalau ditanya tentang keinginan memiliki zuriat, memang saya teringin sangat walaupun cuma seorang. Akan tetapi, isteri sudah banyak kali keguguran selain mengalami tanda merah-merah pada badan.

“Mungkin orang yang menghantar ilmu hitam itu tujukan kepada saya tetapi terkena kepada isteri. Saya sangat kasihan kepadanya sebab sekarang badannya makin kurus. Orang mahu pedajal saya tetapi dia yang kena,” katanya kepada Kosmo!

Lebih teruk, isterinya mengalami pendrahan tanpa henti sejak beberapa bulan lalu. Walaupun sudah mendapatkan rawatan moden dan tradisional namun tiada perubahan positif. Ujarnya lagi, disebabkan masalah tersebut beliau dan isteri tidak lagi menetap di kediaman lamanya di Shah Alam.

“Macam-macam cara saya sudah lakukan untuk merawat tetapi apabila berjumpa doktor pakar, jawapan diberi adalah disebabkan masalah hrmon.

“Sedangkan setiap hari isteri saya mengalami pendrahan dan itu sudah menunjukkan sesuatu yang pelik sedang berlaku. Apabila cuba mendapatkan rawatan tradisional juga tidak berhasil,” ujarnya.

Jamal dan Zai Izzati, 25, mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak dan itu merupakan perkahwinan keempatnya.

SUMBER : KOSMO.

Be the first to comment on "Rebah di KL Sentral Adik Jamal Abdillah mninggal Dunia. Anak Saudara Dedah Punca Kemtiaan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*