VIRALGadis trauma disamun, geng2 ‘anney’ muncul selamatkan bak hero Tamil

 

Tiada guna tinggal dalam masyarakat berbilang agama dan kaum, tetapi tidak memberikan bantuan sekiranya seseorang individu sedang menghadapi kesusahan.

Bagi sekumpulan non-governmental organization (NGO) dikenali sebagai JB Brothers, mereka seharusnya mendapat pujian apabila bertindak bagi menyelamatkan seorang gadis setelah disamun Isnin lalu.

Mangsa, Nur Fatihah disamun oleh dua individu dan ditinggalkan berhampiran hotel di Taman Impian Emas, Skudai sebelum mereka terserempak dengan gadis tersebut.

Menerusi laman Facebook, mereka berkongsi posting dengan memuat naik beberapa gambar yang kelihatan gadis terbabit dalam keadaan trauma dan ketakutan sebelum tiba anggota polis untuk dibawa ke IPD Skudai.

Tindakan itu mengundang perhatian warga Facebook untuk memberikan komen dimana rata-rata memuji sikap prihatian ‘geng-geng anney’ tersebut.

Bangga dengan korang!

Harmoni bersama, tak kira bangsa!

Macam ni la rakyat Malaysia!

Sumber : JB Brothers

 

 

Be the first to comment on "VIRALGadis trauma disamun, geng2 ‘anney’ muncul selamatkan bak hero Tamil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*