[VIDEO] “Ambo Suko Minum Air Nyor” – Lucu Apabila Gadis Korea Ini Guna Loghat Kelantan

Seorang wanita Korea menjadi tumpuan apabila videonya dimuat naik menerusi Instagram mStar Online apabila ada netizen memuji suaranya comel ketika bercakap Kelantan.

Rezeki kalau kawin…suara dia comey

Di ruangan komen, ada yang tertarik dengan percakapan wanita ini sehingga individu terbabit mengulang tayang mendengar suaranya. Disamping juga ada yang menganggap ianya sebagai rezeki apabila Orang Melayu dapat berkahwin dengan Orang Korea.

Bila ramai sangat cakap “Awak terlalu kelantan untuk saya”

 

Seul cantik bila pakai tudung nampak macam orang Melayu

Bagaimana,menjenguk dilaman Instagram wanita terbabit, rupanya dia adalah isteri kepada seorang lelaki yang merupakan anak jati dari Kelantan yang mana pernah popular dan tular dimedia sosial sebelum ini.

 

Lelaki tersebut dikenali sebagai Muhamad Khalid manakala isterinya, Lee-Seul malah perkahwinan pasangan ini juga pernah menjadi sebutan ramai.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Khalid & Lee Seul, mStar Online via HCL

Be the first to comment on "[VIDEO] “Ambo Suko Minum Air Nyor” – Lucu Apabila Gadis Korea Ini Guna Loghat Kelantan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*