[VIDEO] “Alhamdulillah, Hidup Saya Complete….” – Kongsi Moment Jumpa Amy Search, Nabila Huda Kelihatan Sangat Gembira

Nabila Huda binti Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Nabila Huda ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau yang mula menempa nama menerusi watak-watak antagonis, merupakan anak sulung kepada legenda rock terkenal Amy daripada kumpulan Search.

Baru-baru ini Nabila pernah memuat naik satu video lama ketika dia membuat persembahan bersama ayahnya Ammy Search untuk mengucapkan selamat hari bapa dan juga menyatakan rasa rindu kepada ayahnya. Seperti yang diketahui umum, Nabila dan ayahnya sudah lama tidak berjumpa ekoran daripada masalah peribadi antara mereka sekeluarga. 

Terbaru, semalam dalam satu ruangan posting di laman instagramnya, Nabila atau lebih gemar disapa sebagai Abil berkongsi satu video melalui laman instagram Erma Fatima menunjukkan detik dimana dia telah berjumpa dengan ayahnya itu. Menulis kapsyen “Alhamdulillah..Hidup Saya dah complete skarang…❤️” , Abil kelihatan begitu gembira dalam video tersebut.

VIDEO;

Rata-rata peminat dan juga rakan artis tutur memberikan komen yang positif dengan pertemuan mereka berdua itu.

Alhamdulillah…happy for you

Berkat doa semua…

Keluar air mata tengok sebenarnya… alhamdulillah

Kami mendoakan semoga pertemuan ini menyatukan dua hati antara mereka supaya dilupakan kisah lama yang menyebabkan ketegang4n antara mereka. 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: IG @kupu_kupu

Be the first to comment on "[VIDEO] “Alhamdulillah, Hidup Saya Complete….” – Kongsi Moment Jumpa Amy Search, Nabila Huda Kelihatan Sangat Gembira"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*