Usia 93 Tahun Masih Gagah Kemudi Negara, Ini Rahsia Pemakanan Tun M Yang Anda Kena Cuba!

Jika kita lihat daripada usianya, tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan seorang manusia besi. Mana taknya, di usia yang menganjak 93 tahun, Tun Mahathir masih lagi kuat mentadbir, menguruskan hal ehwal negara bahkan boleh memandu kereta sendiri. Wow!

Korang boleh bayangkan tak keadaan korang bila dah tua nanti? Hmm.. Sejujurnya kami kagum sangat dengan cara Tun M menguruskan dirinya dan pada masa yang sama menjaga kesihatan untuk kekal sihat bertenaga. 

Apa rahsia pemakanan Tun M?

Image from Dr. Mahathir bin Mohamad

class=”img-credit”>Image via Dr. Mahathir bin Mohamad

Macam yang korang tahu Tun M dan Tun Siti Hasmah sangat menjaga pemakanan seharian mereka. Ingat tak lagi pernah viral dulu tentang makanan yang Tun M ambil setiap hari, sikit je nasi yang Tun ambil. Masa tu ramai rasanya yang start potong pengambilan nasi sebab nak sihat macam Tun M.

Rahsia pemakanan Tun M terbongkar!

Kalau korang nak tahu Tun M dan isteri merupakan peminat makanan tempatan tau! Baru-baru ini Tun M ada menghadiri majlis makan malam dan satu laporan tentang menu makanan yang dihidangkan kepada Tun M dan isteri telah disiarkan oleh media bahasa Cina Nanyang Siang Pau.

Untuk pengetahuan korang dalam protokol kerajaan, makanan yang dihidangkan kepada Perdana Menteri haruslah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Perdana Menteri atau chef peribadinya supaya sesuai mengikut diet Tun M dan isteri. Hmm.. Mungkinkah ini rahsia Tun M kekal sihat?

Ni kami share menu makanan Tun M, jangan risau ada terjemahan kat bawah ya!

Image from Nanyang Siang Pau

Image via Nanyang Siang Pau

Makanan kegemaran:

  • Mi kari / char kuey teow / mi goreng
  • Roti jala dengan kari daging
  • Tosai
  • Asam pedas ekor
  • Aneka kuih Melayu (kurang manis)
  • Popia
  • Semua jenis buah-buahan kecuali buah naga

Minuman kegemaran:

  • Air minuman (Spritzer)
  • Kopi / teh (kurang manis)
  • Kopi tanpa caffein (Tun Siti Hasmah)
  • Teh + madu + lemon (Tun Siti Hasmah)

Makanan dielakkan:
<

  • Ikan (Tun Mahathir)
  • Lala dan sotong (Tun Siti Hasmah)
  • Makanan pedas (kedua-duanya)
  • Wow! Kalau tengok senarai makanan yang Tun M dan isteri suka makan kebanyakannya memang makanan tempatan dan hidangan yang dikurangkan gula. Haa.. Nampak tak, korang boleh je nak makan apa jenis makanan pun, tapi yang penting kenalah jaga pengambilan makanan korang!

    ”Berhenti makan bila tengah seronok” – Tun M
    iv>

    Image from Jabatan Penerangan Malaysia

    class=”img-credit”>Image via Jabatan Penerangan Malaysia

    Selain menjaga pemakanannya, Tun M sangat mengingati nasihat ibunya supaya berhenti makan apabila rasa seronok supaya tidak terlebih kenyang. Itulah rahsia Tun M masih mampu menyarung seluarnya yang dibeli 40 tahun yang lalu.

    Bukan makanan je. kalau korang perasan, minuman yang Tun M dan isteri ambil pun hanya kopi, teh dan air mineral. Air mineral pula air mineral semulajadi Spritzer! Psstt… Tun M mestilah tahu penutup hijau mana yang terbaik untuk kesihatannya dan isteri.

    itzer merupakan air mineral semulajadi dengan sumber yang terletak di bank tanah seluas 330 ekar selama 30 tahun!

    Selain kaya dengan mineral, Spritzer turut mengandungi silica yang memberikan kesan anti-penuaan dan boleh membantu kulit korang glowing.

    Patutlah dah usia 93 tahun pon masih kuat bertenaga! Korang macam mana pula? Jom jadi sihat macam Tun M!

    Artikel ini ditaja oleh Spritzer dan dipetik daripada portal OHBULAN! untuk diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.
    LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!<

    Be the first to comment on "Usia 93 Tahun Masih Gagah Kemudi Negara, Ini Rahsia Pemakanan Tun M Yang Anda Kena Cuba!"

    Leave a comment

    Your email address will not be published.


    *