“Tuhan tahu bagaimana kami jaga mak” – Dituduh Sengaja Tinggalkan Emak di RNR, Anak Perjelas Kisah Sebenar.

Kalau sebelum ni virl kes seorang ibu tertinggal anaknya di RNR ketika kalut hendak pulang beraya, baru-baru ni, kecoh pulak kes anak tertinggal ibunya di RNR Bukit Besi.

Susulan daripada virlnya kisah tersebut, ramai yang mengecam keluarga mngsa sehingga ada yang menuduh kononnya si anak ni sengaja tinggalkan emaknya di kawasan Rawat dan Rehat tersebut. Adui kuat sangat membawang netzen ni…

Emak sebenarnya bukan ditinggalkan tapi…

Menerusi perkongsian di Fcebook anak mangsa, Batiah Mahadi menjelaskan bahawa abangnya bukan sengaja meninggalkan emak mereka di situ. Walhal sebenarnya ibu mngsa dikatakan keluar dari kereta tanpa pengetahuan abangnya.

Disebabkan abangnya dalam keadaan tak sihat dan mamai pada ketika itu, dia tak sedar yang emaknya sudah tiada di dalam kereta.

Batiah Mahadi.Cerita dah selesai. Tak perlulah nak virlkan lagi.Update terkini tentang mak saya…seperti yang dijelaskan oleh adik saya Dora Madie.”Assalamualaikum semua.. ni Mak sy.. cerita yg x enak nyer abg sy bwk mak beraya di terenganu.. dia dlm keadaan tidak sehat demam.. isterinya pula
tengah tidur ms tu mak pula duduk dibelakang.. mak keluar dr kereta tanpa
pengetahuan abg sy..

So bile abg sy yg mamai msuk kereta dia tak check pula mak ade ke x.. mak sy sakit jantung dan buta huruf.. bile sy tahu hal ni
dr abg ipar.. sbb dah virl.. sy pon mcm nk pengsan. semua org sy call hanya dapat ckp dgn kaklong sy di terengannu..

Mak dah selamat dikerumah akak long sy.. pihak polis call skolah kakak sy dah dapat hubungi dia dan bgtau mak sy ade di balai p0lis anak saudara sy menjemput nenek nyer.. manakala abg sy pula telah berpatah-balik sebaik sedar mak tiada dibelakang kereta dan call anak2 saudara srh cr nenek mereka secepat mungkin di RnR tu..

Gitu lah ceritanya.. semua ini menjadi pengajaran supaya lebih teliti bile pergi berjalan jauh dgn org tua yg perlu lebih
perhatian..Terima kasih buat abg2 JPJ dan abg2 P0lis yg banyak membantu dan bertindak cepat.Terima kasih jg buat semua yg memgambil berat dan doa-doa yg baik..mak sy dikelilingi anak2 yg syg kan dia… xpernah ditingalkan keseorangan..

Duduk pon skali dgn anak2 lelakinya 3 family.. mana mungkin mereka nak tinggalkan mak tersayang ni dgn sengaja..Allahhuakbar.. selalu kwn2 mak jeles sbb anak2 mak selalu jaga mak dgn baik. tapi bile Allah nk bg ujian. siapa kite dapat menghalang nya.. kecuaian tu tetap salah.. bg kam…”


Sumber: Facebook

“Allah tahu bagaimana kami jaga mak. Abang saya tu jaga mak sejak dulu. Dia tulang belakang mak”

Tambah Batiah lagi, keluarganya memaafkan segala tohmahan yang mereka terima disebabkan kisah virl tu. Buat mereka yang tak tahu kisah sebenar, eloklah dengar cerita dua belah pihak. Keluarga mngsa pun tak jangka kejadian macam ni nak berlaku kan?

Sebak pulak min baca pengorbanan si abang yang dikatakan tinggal emaknya di RNR ni.

Batiah Mahadi.Kami sekeluarga maafkan sahaja. Walaupun banyak sgt yang tak betul.
Kata-kata tohmahan dan mcm2 dilemparkan pd kami. Tak apa Allah ada.Biar dia saja yang menghitung semua. bagi setiap c4cian, t0hmahan dan prasangka bruk. Allah tahu bagaimana kami jaga mak. Abang saya tu jaga
mak sejak dulu. Dia tulang belakang mak. Jual nasi lemak dengan mak.

Sejak ayah meninggal 29 tahun dulu. Sejak abg usia 19 tahun. Malahan mak manja dgn abang. Abang pun kawin lambat umur 40. Cuma abang tersilap kali ini. Allahu…abang memang benar-benar terlepas pandang.
Abang kami tu baik orangnya. Pernah orang hutang dia rm4000 abang halalkan saja wpun dia bukan kaya pun.

Dulu2 kalau kami nkal…bila mak nak pkul kami, abang akan tunggu sedangkan kami lari. Kami tahu kasih abg pada mak. Tak apalah cakaplah apa nak cakap tapi kami adik beradik tahu abg kami mcm mana. Kami serah semua pada Allah. Allah Maha Mengetahui dan sebaik-sebaik hitunganNya.


Sumber: Facebook

Bagi korang yang kecam dan kutuk macam-macam kat keluarga ni, eloklah minta maaf. Benda dah nak jadi, bukannya mereka sengaja nak tinggalkan emaknya di situ.

Sumber: lobakmerah

Be the first to comment on "“Tuhan tahu bagaimana kami jaga mak” – Dituduh Sengaja Tinggalkan Emak di RNR, Anak Perjelas Kisah Sebenar."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*