“Tq Allah Kerana Telah Menumpangkan ‘Anak Syurga’ Ini” – Fasha Sandha Alami Kegvguran

Pelakon Fasha Sandha mengumumkan perkhabaran sedih menerusi entrinya yang dikemas kini menerusi Instagram apabila dia memberitahu telah alami kegvguran.

Perkongsian tersebut telah dibuat pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh itu kira-kira sejam lalu.

 

 

Sejurus berkongsi hal tersebut, Fasha dilihat turut meminta maaf kepada suami tercinta, pelakon Aidil Aziz.

 

“Ibu mintak maaf suamiku tercinta , Rayfal dan Jemyma sayang. Sebelum cuti beraya, doktor dah pesan,untuk banyakkan berehat, jangan terlalu lasak2.

 

“Ibu tak dengar cakap doktor untuk jangan banyak bergerak masa raya ni, ibu naik turun keretapi, naik turun kapal terbang, jalan laju2 , buat kerja ,sampai selalu terlupa ada baby kecil dalam perut ibu.

“Ibu terlalu aktif sampai lupa kandungan awal ibu perlukan ibu banyak berehat. Ibu tau ibu bukanlah ibu yang terbaik,” tulisnya.

Pada masa sama, Fasha turut menitipkan sesuatu terhadap para peminatnya.

“To my dear followers, Thank you for all your well wishes on my pregnancy. I’m deeply saddened to tell you I’ve misc@rried.

“Doakan supaya kami kuat dalam melalui ujian ini. @itsaidilaziz kita teruskan berdoa dan usaha, semoga kita ada rezeki lagi dimasa akan datang. InsyaAllah kita akan lebih kuat #aidilfasha.

“Terina kasih Allah kerana telah menumpangkan ‘Anak Syurga’ ini dalam rahlmku, walaupun hanya untuk seketika,” kongsi Fasha sambil disusuli dengan tanda palang #Allahisthebestplanner #redha #anakSyurgaibuAyah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Fasha Sandha via MH

Be the first to comment on "“Tq Allah Kerana Telah Menumpangkan ‘Anak Syurga’ Ini” – Fasha Sandha Alami Kegvguran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*