“Tidak Perlu Jantan,” – 10 Tahun Menjanda, Azharina Akui Sudah Tak Rasa Ada Keperluan Kahwin Lagi

Penyanyi, Azharina mengakui buat masa ini, dia belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga memandangkan komitmennya kini hanyalah untuk kerjaya seni dan famili.

Malah, secara seloroh juara Gegar Vaganza musim ketiga ini turut mengakui anak-anak pun tidak bercakap mengenai soal ‘bapa baru’.

 

 

“Buat masa ini tidak perlu jantan-jantan, fokus saya buat masa ini kepada anak-anak dan cari rezeki yang halal. Mereka pun tak pernah minta, tak mahu bagi saya berkahwin lagi ada. Apa pun, bagi saya jodoh, ajal dan maut di tangan Tuhan.

“Jadi saya tak berani untuk cakap lebih. Kadang kita cuba, tapi saya tidak mampu untuk melakukannya,” kata Azharina jujur kepada MH.

Ditanya sama ada dia trauma dengan kisah cerai melibatkan selebriti andai mendirikan rumah tangga sekali lagi, Azharina memberitahu ia adalah takdir sementelah dia sendiri pernah melalui fasa hitam itu.

 

“Saya sendiri pun pernah bercerai. Saya dah laluinya jadi tidak mahu lagi sakit. Saya terlalu selesa dengan posisi ini selama 10 tahun.

 

“Sehinggakan pada satu tahap, saya tidak rasa ada keperluan untuk mendirian rumah tangga lagi. Tetapi itu kata kita sebab yang menantukan adalah Dia. Cuma apa yang boleh saya katakan setakat ini, saya tidak fikir untuk kahwin lagi,” akuinya.

Azharina mempunyai dua anak angkat, Rahmat Azharin Azhar Abdullah serta Redha Azharin Azhar yang masing-masing berusia lima dan dua tahun.

Terdahulu, Azharina ditemui sejurus kejayaannya yang mencipta sejarah sebagai artis pertama negara ini yang bekerjasama dengan syarikat penerbangan AirAsia yang melakukan sidang media dan mempersembahkan dua lagu di dalam kapal terbang pada aras 38,000 kaki dari aras laut.

Sesi tersebut dibuat sebagai salah satu rangka promosi Concert Azharina: Queen of Soul yang bakal berlangsung 29 Jun ini di Royale Theatre Shah Alam.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Tidak Perlu Jantan,” – 10 Tahun Menjanda, Azharina Akui Sudah Tak Rasa Ada Keperluan Kahwin Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*