Tetiba Umum Sedang Hamil Enam Bulan, Rupanya Ramai Belum Kenal Siapa Suami Azrinaz

Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim mengumumkan berita gembira apabila mengesahkan dirinya kini hamil enam bulan menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya hari ini.

Azrinaz memaklumkan bahawa kandungannya hasil perkahwinan dengan Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei tahun lalu itu tanpa bantuan teknologi moden

“ Di kesempatan ini, saya ingin kongsikan berita yang selama ini belum kami kongsikan secara umum. Setinggi-tinggi syukur saya sudah melepasi peringkat kedua kehamilan.

“ Berkat doa ibu bapa, sahabat handai serta kalian yang amat saya kasihi. ALLAH memberikan saya peluang sekali lagi untuk mempunyai zuriat buat kali ketiga.

“ Alhamdulillah, bayi ini terhasil tanpa bantuan teknologi moden, namun saya akui, untuk berbadan dua pada usia yang bukan lagi remaja, tidaklah semudah 11 tahun lalu,” katanya menerusi laporan yang disiarkan oleh Harian Metro.

Dalam pada itu, Azrinaz juga turut berdoa semoga bayi dalam kandungannya itu sihat dan selamat dilahirkan kelak.

“ Diharapkan semoga kandungan yang berusia enam bulan ini akan terus dititipkan dalam setiap doa kalian supaya bayi ini dilahirkan sempurna, cukup sifat, sihat dan secara normal tanpa sebarang komplikasi,” katanya.

Rupanya suami Azrinaz teman lama beliau

Perkahwinan Azrinaz dan Fairos itu adalah perkahwinan kedua bagi Azrinaz. Beliau memilih menamatkan zaman janda dengan teman la­manya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018.

Menurut Azrinaz, sekalipun sudah mengenali Fairos kira-kira 20 tahun lalu, namun dia dan suaminya itu mengambil masa setahun untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum bernikah.

Kedua-duanya pernah bekerja di bawah satu bumbung iaitu di ste­sen televisyen TV3 ketika Azrinaz masih bertugas sebagai wartawan penyiaran manakala Fairos sebagai jurukamera.

Azrinaz berkata, keputusan menikahi Fairos dibuat selepas beliau yakin dengan suaminya yang sangat memahami rentak kehidupan dan kehendaknya.

” Pada 1 May lalu (2018) bersamaan 15 Syaaban 1439H jatuh pada hari Nisfu Syaaban, saya telah selamat diijabkabulkan bersama sahabat yang dikenali sejak 20 tahun lalu dan hanya menjalinkan hubungan rapat setahun lepas

” Setelah mengenali hati budi, pasangan bujang bernama Fairos Khan Abdul Hamid menjadi ‘mangsa’ Beliau yang memahami rentak kehidupan dan kehendak saya berlatarbelakangkan TV penyiaran sebagai pekerjaan”, tulis Azrinaz di Instagram beliau.

Dalam masa sama, Azrinaz berkata, pernikahan kali ini bukan didorong oleh perasaan ingin mencari kekayaan semata-mata.

“ Bukan material yang dicari, cukuplah seorang insan yang dapat membimbing, meneman, me­nyayangi, menghargai, menghormati dan menyanjungi diri ini di kala susah senang, suka duka, cerdas dan sakit, sewaktu kepala masih diliputi rambut mahupun sehelai dua,” kata Azrinaz

Beliau sebelum ini merupakan isteri kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. ASIA KINI

Sumber: s1narhar1an

Be the first to comment on "Tetiba Umum Sedang Hamil Enam Bulan, Rupanya Ramai Belum Kenal Siapa Suami Azrinaz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*