Selepas Lebih 10 Tahun Berkahwin, Ekin Dedah Sikap Sebenar Suaminya Mawi

Pelakon Ekin atau nama sebenarnya Nora Asyikin Rahmat dan Mawi atau Asmawi Ani menyambut ulangtahun perkahwinan mereka ke-10.

Namun, Ekin mendedahkan dia pernah ditimpa dengan dugaan yang berat sebaik mengahwini juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi 10 tahun lalu.

Dia memberitahu telah difitnah serta dilabel sebagai seorang ‘kaki kikis’ serta ‘kaki bomoh’ oleh masyarakat ketika itu.

Bersyukur rumah tangga bertahan, Mawi seorang yang..

Namun Ekin bersyukur kerana rumah tangganya dapat bertahan dan bahagia hingga ke hari ini kerana suaminya, Mawi seorang yang penyabar dan penyayang.

Menerusi entri di Instagram (IG), Ekin berkongsi sikap sebenar Mawi walaupun suaminya sering mendapat kritikan daripada orang ramai.

“ Sayang orang sebelah ni. Dia la orang yang Ekin kenal dari dulu sampai ke hari ini sama je tak banyak beza.

“ Orangnya sangat-sangat jujur, baik hati, suka tolong orang, penyabar, tak suka kutuk-kutuk orang, tak suka membawang, selalu memaafkan orang.

“ Walaupun orang dekat luar tu banyak betul yang kutuk-kutuk dia, sakitkan hati dia dan suka ambil kesempatan kat dia.

“ Tapi dia relax dan steady je. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi you dunia dan akhirat. Amin yarabal alamin,” tulisnya.

“ Alhamdulillah dah 10 tahun bersama, tak terasa, Masya-ALLAH, terima kasih @cahayaasmawi sebab banyak mengajar erti kesabaran dan kawal baran ha ha ha… Syukur walaupun banyak suka duka yang datag kita tetap ‘chill’ dan senyum sahaja.

“ Sangat tersentuh melihat gambar ini… Masa ini macam-macam dugaan, halangan dan fitnah manusia lempar pada aku sehingga ada yang melabelkan aku kaki kikis lah, kaki bomoh lah ha ha ha… macam manalah orang-orang itu semua nak mintak maaf atas fitnah-fitnah…

 

“ Bagaimanapun, selamat ulangtahun perkahwinan buat kesayangan saya @cahayaasmawi, semoga awak sentiasa ada dengan saya sampai keakhir nafas saya, Amin… Saya sayang awak,” tulisnya.

Menerusi entri yang sama dia turut memuat naik fotonya menangis di hari pernikahannya.

Perkongsian itu turut dibalas Mawi.

” Jangan lah nangis… Saya sayang awak… Selamat ulang tahun kita bersama awak … 10 tahun awak… @ekinmawi,” balas Mawi.

Rata-rata kagum melihat kekuatan Ekin dan mendoakan agar mereka kekal bahagia hingga ke akhirnya.

” Selamat ulang tahun perkahwinan Ekin dan Mawi…. Semoga kalian bahagia bersama keluarga hingga ke jannah… Semoga perkahwinan kalian berdua dibawah rahmat dan lindungan kasih ALLAH (S.W.T), Amin,” tulis ct_hajar_ct.

” Semoga terus kekal bahagia hingga ke syurga ALLAH,” tulis puan_camellia.

” Minat kakak @ekinmawi mula jadi model Ariani. Masa kahwin dulupun sampai minta nak solek macam Ekin Mawi ha ha,” tulis makeupbyynadona.

” Selamat ulang tahun perkahwinan kakak Ekin dan Mawi… Mawi world, idola kami itu … He he he … Macam-macamkan mulut orang ini, suka fitnah … Yang penting, ALLAH tahu niat kita… Soal jodoh pun kita tidak boleh pertikaikan … Semuanya hak ALLAH… Apa-apa pun Kakak Ekin … Semoga kekal higga ke jannah,” tulis arm_aiyien.

” Saya seorang peminat untuk anda berdua…. Suka… Sanggup beli baju polo, tudung Ariani semata-mata nak sama macam Ekin dan Mawi. Haha… Adoi kalau teringat balik masa itu… Selamat ulang tahun perkahwinan. Semoga bahagia dunia dan akhirat,” tulis bakedbyboo.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 6 tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose

Sumber: sinarharian

Be the first to comment on "Selepas Lebih 10 Tahun Berkahwin, Ekin Dedah Sikap Sebenar Suaminya Mawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*