Rihana Petra K0ngsi Kisah Pertemuan Pertama Dengan Suami

Isteri kepada bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dikenali sebagai Rihana Petra beberapa hari lalu telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran putera sulung mereka di laman akaun Instagram (IG)nya.

Terkini beliau turut berkongsi foto Sultan Muhammad V saat kecil/bayi.

Kelihatan, Rihana Petra turut berkongsi foto ibu beliau yang kelihatan muda membawa cucunya bermain. Ramai terkejut kerana ibu beliau kelihatan sangat muuda!

Bekas ratu cantiik Russia, Oksana Voevodina menerusi IG @rihanapetra memuat naik foto sepasang kaki comeI bayi, sekaligus mengumumkan nama putera mereka sebagai Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.

Voevodina yang menggunakan nama Islam Rihana itu menerusi kapsyen memanjatkan rasa syukur dikurniakan bayi pada 21 Mei lepas.

Selain itu, Voevodina turut berkongsi momen indah bersama suami dan sehingga kini sudah memiliki 149 ribu pengikut di walaupun baru memuat naik sembilan keping foto.

Sebelum ini, portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail melaporkan Voevodina telah memeIuk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum foto majlis resepsi perkahwinan dengan Sultan Muhammad V tular pada 22 November tahun lepas.

Bagaimanapun tiada kenyataan rasmi berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V dikeluarkan oleh mana-mana pihak istana sehingga ke hari ini.

Voevodina atau Rihana pernah merangkuI gelaran Miss Moscow pada tahun 2015 selain turut bekerja sebagai modeI di China dan Thailand.

Kisah Percintaan 

“Bagi ramai orang, kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri. Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo. Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia.

Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow. Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon. Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya … akan bersambung”

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: TV

Be the first to comment on "Rihana Petra K0ngsi Kisah Pertemuan Pertama Dengan Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*