PA Dedah Sikap Neelofa Yang Ramai Orang Tak Tahu!

Namun, perkongsian pembantu peribadinya, Nadiah Kahiruddin memberi perspektif baharu netizen terhadap wanita besi yang cukup hebat dalam kerjayanya.

Menerusi entri Insta Story miliknya, Nadiah meluahkan rasa syukur kerana memiliki seorang bos seperti Neelofa yang tidak pernah lupa menghargai lelah keringat insan sekeliling yang banyak membantunya.

Nadiah serta seorang lagi pembantu peribadi Neelofa dibawa ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah beberapa hari lalu.

“Sudahlah bawa kami ke sini, selepas itu dia sering menunggu kami. Baiknya dia ini. Bersyukur kerana memiliki seorang ketua seperti Neelofa,” kata Nadiah.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang turut memuji peribadi mulia Neelofa yang melayan pembantunya dengan baik.

Dalam video tersebut, Neelofa yang sedang membaca al Quran dilihat menunggu pembantunya di dalam masjid.

Dalam satu temubual eksklusif MHE TV bersama Nadiah sempena ulang tahun kelahiran Neelofa baru-baru ini, pembantu peribadinya itu menyifatkan pengacara itu sebagai seorang yang tegas namun berhati mulia dan memahami beban tugas pekerja di sekelilingnya.- MHE TV

Sumber:  MHE TV

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Beritasemasa

 

Kredit  : SL

Apa kata anda?

Be the first to comment on "PA Dedah Sikap Neelofa Yang Ramai Orang Tak Tahu!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*